Monday 4 March 2013

JoDOH saya dah sampai KE?

Assalamualaikum.. :)

Bulan ke 3 dah 2013 weh. Tak buat penutup tak buat pembuka, tiba-tiba saya buka tajuk ni ye? ;) Surprise tak? Sorry baru nak cerita. Kerana saya tak gemar bicara perkara yang belum pasti. Tapi..tergatal pula tangan ni mahu berkongsi rasa. Hee

Saya berkenalan dengan seseorang yang telah lama pun ada di depan mata saya. Dia telah buktikan pepatah, tak kenal maka tak sayang. Cehh. Dia saya kenali 2 tahun lepas lagi tetapi kenal begitu sajalah. Kenal pada namanya bukan orangnya. Saya ni, memang 'sombong' dengan lelaki. ;)

Orangnya tak lah hensom ikut spec saya. Tak tinggi lagi. Maklumlah saya ni agak la tinggi lampai walau yang paling cute antara perempuan dewasa di rumah ku ini, sudah tentu lebih cenderung kepada lelaki yang tinggi-tinggi. Tapi kalau badan je tinggi peribadi pendek, tak guna juga kan kan.

Kesimpulan kalau benar dia ini jodoh saya, YA saya peroleh semua yang saya tak nak. Padan muka. Tak tinggi. Hidung tak mancung. Orang dekat. Saya selalu fikir pasal cross breed la. AHAHA. Tapi tak pe lah. Genetik saya sudah jauh-jauh. Hehe. Hmm..perokok. Tapi dia dah nak berhenti. Syukurlah.

Apa yang buat saya akhirnya jatuh hati?

Secret Recipe! HAHA. Dia sangat memahami isu insecurity saya. Dan lagi, mungkin kerana Allah sudah gerakkan hati saya juga. Untungnya dia sudah peroleh restu ibu saya. Menyebabkan saya lagi mudah dan tenang untuk menerima dia. Dia tinggal usaha ambil hati ayah saja. Tapi dia memang dah lulus 2 syarat ayah. Itu yang penting!

Nikah?

Janganlah gopoh sangat. Tahu benda baik tak elok dilewat-lewatkan. Tetapi dia belum sedia kewangannya. Biarlah dia siap-siap semua. Saya masuk cuci kaki je. Hikk. Dia maklumkan saya hajatnya supaya saya menunggu dia. AGAIN? Menunggu? Semoga kali ini saya tak lagi disia-sia.

Doa kan kebahagian saya kekal selamanya dan Allah permudahkan urusan kami jika memang ini takdirNya.

Amin.

Terima kasih. ^^


P/S: 2013 misi nak mencari harta tp macam nak jumpa suami pula. Hee