Wednesday 13 August 2014

Masa nak TIME. Ho Ho~~

Halo halooo...!

Gila lama tak update blog. Saya BUSY la awak. Haha. Busy melayan badan. Hee..

Last story aku belum kahwin kan? Sekarang ni aku nak bersalin dah wei bulan depan. Err..

Banyak sangat nak story kalau nk recap semua. Start November 2013 tu adalah masa paling sibuk nak siapkan semua persediaan majlis kahwin aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Malah aku amat puas hati kot dengan pengurusan majlis aku tu. Takde pembaziran. Hihi. Yeayyyy!! Dengar cerita orang basuh pinggan pon tak banyak buang sisa. Perghh memang sedap ke makanan hari tu? Tak ingat dah ler haku. 

Pertengahan Disember 2013 sibuk urusan pindah masuk rumah. Akhirnya seorang lelaki membawa aku pergi jauh dari mak ayah aku. Wuwuwu. (Selangor je pon. Erkk!) Tapi tak sempat sangat nak homesick sebab suami belum naik kerja. Hari-hari pun honeymoon. Lepas nikah sempat la ber'dating' sampai Melaka, Bukit Fraser and Bukit Tinggi. Hajat nak menyinggah Cameron Highland je takdan masa sampai Perak tu. Majlis sebelah lelaki belum selesai derr.

Akhirnya Januari 2014 pon bermulalah episod seorang isteri yang hari-hari tunggu suami balik kerja. Masa ni sebenarnya banyak free. Selain memasak and mengurus rumah yang takde apa sangat nak diurus pon, kerja aku apa ek? Melangut. Melangut tunggu jam berputaran. Masa ni selain belum masuk internet, astro pon belum pasang kot. Tak boleh pakai aerial biasa weh. Langsung takdak line. WUWUWU. Tempat apakah ini? Kalau korang nak merasa panjat bukit batu kapur, mai ler umah aku ni. Kat belakang jerr.

Bulan tu period aku dah kelewatan. Aku ada rasa tak sedap-sedap badan. Macam nak demam tak demam. Keloya-loyaan. Nah..amik berkat hari Jumaat 24 Januari 2014, subuh tu buat pregnant test. Double line. Terang jelas nyata. Tak yah suluh-suluh dah. Aku sampaikan pada suami. Dia senyum aje. Tak nampak excited sangat sebab dia dah expect pon. Aku pon sebenornye. Aku punya perasaan masa tu..hmm ntah. Perot tak nampak and tak rasa apa. Pergi scan pon belom nampak apa. Awal lagi doktor kata.

Tak lamanya bermula episod 'morning sickness' aku yang selama ni aku sangka dinamakan 'morning' kerana berlaku pada 'morning' hari je tapi rupanya bermaksud awal kehamilan ye. Sebab mabuk aku ni tak kira morning, evening..all the time weh! Huhu. Lembik dah haku. Apa mood pon takde. Mood nak baring jer. Memang tak berhubung sangat dengan dunia luar walau rumah masa tu dah ada telefon, internet, astro bagai. Masa ni gak bermula episod suami aku berdikari di dapur. Nghee.

Hikmah mabuk teruk ni, Allah tunjuk betapa bertanggungjawabnya suami yang Dia beri pinjam pada aku ni. Huhu. Suami sentiasa sabar menjaga aku. Sanggup belajar memasak sebab isteri dia ni tak gemar makanan luar. Ambil alih semua kerja rumah. Basuh kain, jemur kain, lipat kain..menyapu, mengemop..basuh pinggan. Aku memang apa pun tak boleh buat. Nak berdiri berjalan pun tak larat. Hidung ni pun sensitif la amat. Busuk ke wangi aku pukul rata jer. Termasuklah bau dia.

Aku muntah pun dia bersihkan. Sikit pun aku takde dengar dia mengeluh or kegelian. Jadi kadang-kadang aku TERnangis sebab sedih dan terharu lagi rasa bersalah kat dia. Senang gila nak menangis masa ni. Huhu. Suami pun tetap sabar pujuk aku. Kesian dia kena hadap kecengengan aku. Tapi, walau suami jaga aku begini baik pun..dalam hati aku tetap ada rasa nak mak aku. Mungkin sebab tu tiap kali balik Johor mabuk aku OFF duty. Sihat seih aku kat kampung. =='

Sudahnya, sebulan sekali suami bawa ku pulang ke Johor. ^^

Waktu tu adalah waktu paling serabai aku ni. Aku tak peduli dah penampilan diri aku depan suami or orang lain. Bukan tak nak peduli. Tapi tak mampu. Yang aku selesa cuma berbaring, berkemban or berselubung. Aku cuma terpaksa macam manusia bertamadun skit bila nak pergi check up kat klinik je. Akhirnya 4 Mac 2014, buat pertama kalinya aku dapat melihat benih yang sedang tumbuh dalam rahim aku ni. Teruja SANGAT! Sampai rasa nak panggil suami yang tunggu kat luar bilik doktor. Klinik kerajaan weh. Tak boleh masuk.

Penghujung bulan April, mabuk aku berkurangan and aku start rasa ada pergerakan dalam perut ku. Tapi perot masih nampak kempis je walau berat dah mula naik..sekilo. Hehe. Heh. Suami yang lagi besar perot nak banding aku ni. Suami aku ni aku dah tak terjaga makan dia pun masih mampu berkembang dengan pesat. Berkat jaga ibu mengandung kot. Oleh sebab mabuk dah berkurangan, aku cuba memasak semula. Boleh la. And aktiviti pulang ke kampung pun dikurangkan sebab nak berjimat. =)

Slowly, aku mula boleh buat kerja-kerja rumah semula. Hidung pun dah kurang sentapnya. Mandi dah bersabun bersyampu le saya. Muntah masih ada. Tapi dah kurang sangat. Antara tipsnya lepas makan walau dah sejam jangan gosok gigi. Tekak memang masih senang loya. Kalau dah ada gejolak nak muntah tu memang tak dapat tahan punya. Terpaksa keluarkan. Baru lega. Jadi cubaan mengganti puasa masih gagal juga. Hinggalah lagi 2 minggu nak Ramadhan baru sempat cover.

Alhamdulillah, puasa Ramadhan saya pun penuh walau ada sikit..sikittttt je payah. ^^V

Sekarang aku dah 35 minggu preggy. Ada lebih kurang 5 minggu lagi. Baby memang aktif main guling-guling dalam ni. Perot pon dah start nampak ibu mengandungnya. Tidur pun mula semua tak kena gayanya. Aku dah mula rindu tidur gaya bebas sesaat perut kempis dahulu. Serius! Ada masa aku jeles tengok gaya bahagia tidur suami ku. Rasa nak tumpangkan baby dalam perut dia jer. Heu3~~

EH! Nampak tak aku ter'skip' part raya pertama ku sebagai isteri? Haa..ntah. Raya rasa biasa je kot. Tahun ni pun raya sebelah keluarga suami dulu. Sebenarnya keluarga aku sendiri bukan jauh mana. Tapi biasa lah, raya-raya ni keluarga aku pulang ke kampung ayah di Kedah sana. Tinggal adik-adik yang berdua tu pun diaorang kerja. Persediaan raya memang yang asas-asas saje. Aku mengandung mengandung ni tak berapa bernafsu ber'shopping' nampaknya. Barang-barang baby pun baru-baru ni baru sudah beli.

Kena sedar diri lah. Masa nak TIME. Ho Ho~~

No comments:

Post a Comment