Friday 15 November 2013

my bloody october

Ehh. Macam kasar jep? Haip! Nay..tapi bulan October aku tahun ni memang tak berapa ceria except hari pergi interview nak kahwin. HAHA.

Heh. GATAI! Hmm Alhamdulillah. Setakat dah tinggal 13 hari lagi nak nikah ni belom datang perasaan tak nak kahwin ni. Segala yang dirancang Insyaallah akan berjalan lancar hendaknya. Aminnnn! Tapi kan, kek belom hado lagi. Duitnya tak dan. Dah tu baru teringat plak tu. Hadeiii!

Err hello..ada yang nak jadi SPONSOR? ;)

Hmm bulan Oktober lepas rasanya satu Malaysia tengah wabak denggi kot. Dalam statistik tu nanti termasuklah aku and family. Err. Semua kena denggi kecuali ayah and adik yang bawah aku. Tiga orang warded included aku and tiga orang lagi pulih di rumah.

Dugaannn. Banyak kena bayar 'zakat' nampaknya sebelum terima ahli keluarga baru ni. Alhamdulillah. :)

Hish tapi demam denggi sampai warded ni memang lah mengajar aku. Baru demam je dah asyik ingat mati. Wei banyak je orang mati pasai demam je tau. Nampak nar belom sedia nak mati. Wuwuwu. Dah tu balik hospital nangis pasai pikir dah kawen jauh dari mak nanti. Uwaaaaa!!!

Bila sakit teruk-teruk, duk sisi mak je rasa selamat. Masa tu fikir kalau mati pon biar ada mak. Sebab tu rasa sedih gila fikir dah kawen jauh dari mak. Memang lah masa tu dah ada suami. Tapi..hmm tak tahu lah. Baru kenal sepuluh bulan kan? Insyaallah. Baik dah penjaga Allah kirim buat aku ni. :)

Cerita sikit lah pengalaman sakit demam denggi ni. Mula aku demam dengan rasa sejuk sampai menggigil-gigil walau badan dah rasa panas dah. Malam esoknya sakit la yang amat sendi-sendi ni dari pinggang sampai ke kaki ni. Langsung tak boleh tidur. 

Sebab macam dah kritikal je, baru lah aku ikut cakap mak untuk pergi klinik. Maka kena lah amik darahnya. Masih tinggi paltlet nya tapi menurun coraknya. Hari ke-5 period pula. Mengikut pengalaman masa jaga adik-adik awal bulan tu, jika denggi and period pula, lebih bahaya kerana ada pendarahan.

Jarang period yang darah membuak-buak ni even baru second day. Keloyaan aku pun makin kronik je. Jadi aku ajak mak terus pergi hospital. Nah. Platlet ku masih menjatuh. Sebab aku mengadu dengan doktor darah period ku luar biasa banyaknya, doktor terus tahan ward. Hamikk!

Huhu. Sedih. Dah la nak kahwin. Kena cucuk-cucuk amik darah jer. Parut la kiteeeee! Hari ke-2 duk hospital tanda akhir denggi pun keluar. Gatal-gatal yang amat sangat kat tapak kaki and tangan. Again, tak boleh tidur. Paginya doktor bagi ubat gatal. Kurang la skit.

Hari ke-3 suppose to be dah boleh balik tapi ntah mana doktor yang nak discharge aku. Sedih lagi sehari kena tidur hospital. Sebab selagi tak discharge ye doktor-doktor pelatih tu keep amik darah aku. Sakit woo. Lelagi bila kena doktor yang tak reti. Adei dia ingat tangan aku dahan kayu?

Akhirnya, hari ke-4 aku pun boleh balik. Tunggu doktor sampai migrain kepala aku. Aku risau dah. Makin nak keluar macam sakit balik plak. Dada aku ni rasa sempit kenapa tah. Tapi aku senyap je tak beritahu doktor. Nak balik punya pasal. Hee.

Slowly, a week juga kot, hilang ksempitan dada ni. So, conclusion aku maybe itu another kesan demam denggi. Haha. Yang penting dah sihat sekarang hoke. Encik Tunang tak tahu. Kalau dia tahu risau plak. Eh tapi datang balik gatal-gatal nya. Cuma tak sekronik masa di hospital. Tapi luka juga la digaru kan.

Selain kena minum air masak banyak banyak banyak, semua petua orang bagi kat mak ayah berkenaan denggi ni dibuatnya. Aku kena makan sup ketam, minum jus jambu batu, makan buah tembikai and yang paling tak sedap, air rebusan pucuk betik. Mak aihhh pahit kot!

Tapi, ku telan jua. Kerana hendak cepat sembuh. Huu.

So, sepanjang bulan Oktober ni keje family aku keluar masuk klinik and hospital.

Oh ya. Lupa nak share. My hubby to be second present for my birthday. Ini la yang jadi hiburan untuk Oktober selain birthday my mum. Hopefully, ini bukan kali terakhir aku belikan mak kek ni. Dah jadi isteri orang pun nanti, even just a full time housewife, aku akan masih mampu merai mak and ayah aku. Insyaallah.


Haa inilah hadiahnya. Custome made cover book for my dream book cover. Eh, faham tak? Hehe.


Haa aku nak cerita pengalaman pergi interview nak kahwin ni. Secara personal, aku rasa malu gila. Ngko faham-faham lah. Ada dia suruh ko baca doa bersetubuh dengan klimaks tu depan pasangan? Err walau benda tu normal tapi aku MALU.

Soalan lain yang dia tanya, suruh mengucap and makna, baca Fatihah, doa Qunut and niat mandi wajib. Kalau memang perkara basic sebagai muslim langsung ko tak pernah buat, haa mungkinlah soklan gini mudah pon ngko tak lulus. Seram meh. Camne tu nak jadi suami? Isteri? Pehtu ayah? Mak? Aigoooo!

Selesai temuduga, barulah boleh booking jurunikah. Insyaallah imam Ibrahim namanya nanti. Tapi tak dapat masa lepas solat Jumaat tu. Lepas asar je ada free nya. Aiyee. Masa singkat tu. Dah ler maghrib awal. Rugi meh booking photographer keje kejap jer. Hehe.

After all, sepanjang Oktober, ini aje kot cerita hidup aku. Da da. Jumpa lagi lepas aku kawen. Hehe.