Friday 20 July 2012

zaman kanak-kanak is D BEST!

Semalam saya dan adik-adik menyelongkar album-album lama and bergelak ketawa 'menghina' wajah masing-masing. Aduhh rindunya wajah-wajah suci yang tak tahu apa-apa tu. Heh best kan jadi budak kecil sebab tak tahu apa-apa jadi tak ada takut apa-apa. Happppppppppppppppy saja. Nah nak share hasilnya. 

Friday 6 July 2012

apakah jenis darah anda? B ke??

Wehhhhhh dalam hidup aku (mood hari ni aku hoke!) orang-orang yang rapat dengan aku rupanya banyak berdarah 'B'! Selain darah 'O'! Aigoooo..no wonder aku dah berasimilasi dengan baiknya dengan jenis darah 'B' sampai aku disangka juga berdarah B. Kuang3. 

Weh what's wrong with blood type 'B'? Nothing wrong. Cuma mereka tend to be a JERK. :P

Sikap self-centered mereka menyebabkan mereka kadang-kadang kelihatan agak selfish. Siapalah yang suka orang selfish kan? Pastu manipulative juga woo. They and their own world unless you're included in their world then you get their attention. As long as you're still within their interest. DAMN! Oppsss!!

They're cool and can be coldest. Euwww. Always lone ranger (sebab tu diaorg nampak lonely and catchy to my 'eyes'). Because they totally mind their own business. They keep things simple. Hate mess up things. They can simply IGNORE. Ayam! Owhhh my mind terbang to someone. Ko 'B' ke ha?? Bad boy type? Aehh?? Hmm..

Cuma yang bagusnya, mereka very FOCUS. Ada sifat kepimpinan. Good leader. Katanya la (Owh I doubt it!). Strict (HAHA). Ok, am being defensive (eh, BIAS!). Sorry. Let's be fair. Everyone is unique in their own way! Wink! Besides, as I said before, I got so many people whose love me with their blood type 'B'. ;)

1. My DADDY!
    Aku tak mahu cerita banyak pasal ayah aku but always I wonder, mum how come you married this man?? Mak aku gile lembut kot. Haha. Jahat je. Yup my dad; harsh, mean, EGO! but probably because his priority is family, could be that's why he really committed about us. And because we're living creatures lastly now he'd learnt to tolerate with our 'drama' too. :P

2. My Ge Ge
    Aehhh aku gila tak sangka. Haha. Coz abang aku ni gila macam nerd je. Macam type 'A'. Hehe. Tapi bila aku fikir macam mana dia mampu exclude diri dia dari kebanyakan orang (abang aku ni memang always lone ranger), his interest is HIS WORK (gila workaholic abang aku ni), but still he can make times for me (proof that I, one of his interest.:P). Hmm kadang-kadang bila dia 'sekolahkan' aku, ye aku dapat rasa side kekejaman yang dia cuba ajar pada aku. Haha. Really my sifu la my daddy n my ge ge ni! ^^V

3. Mr. O
    Dia ni lelaki yang asing yang aku akhirnya beri peluang untuk mengenali aku. Rapat di alam maya. Di luar bertukar-tukar senyuman je. Dia ni, lelaki yang emosi. Mudah terganggu emosinya. Aku pun tak sangka dia berdarah 'B'. Sebab dia tak cool langsung. Hee. BTW, he's still 'B' type. Mungkin dia belum tunjuk habis wajah sebenar dia pada aku kot, kan? Kan? Kan?

4. Beberapa close fren gegurl gegurl saya.
   Aha. Adalah ciri-ciri tu. Perempuan berdarah 'B' ni agak agresif. Harsh pada kata-kata atau sikap atau kedua-duanya. Major kawan-kawan perempuan aku yang berdarah 'B', got bitter tougue you know. Sentap hati mak nak. Naseb la kau aku dah kenal. Aigooo. Cumanya, diaorg ni tak kau usik tak la kena snap kan. Apa-apa hal pun, hati mereka baik sebenarnya. Sayang korang! :D

Last but not least, post ni bukan nak hentam orang berdarah 'B', cuma aku nak terima hakikat banyak rupanya orang berdarah 'B' dalam hidup aku ni. Muahahaha~~


Sunday 1 July 2012

bye bye JUNE

Tinggal sejam je lagi habis la hari pertama untuk Julai and esok pun 12 Syaaban sudah. Tinggal la lebih kurang 18 hari lagi mahu RAMADHAN. Dah berSEDIA ke? Hmm..cita-cita saya tahun ni saya nak khatam Tafsir Quran. Tahun lepas pun, tapi tak dapat. Huu.. Tapi tahun ni saya dah bersedia awal-awal dah. Saya tahu saya tak mampu nak habis 30 juzuk tu dalam sebulan Ramadhan tu. Awal Januari lagi saya dah mula baca Tafsir Quran tu and now dah sampai juzuk 20 so dalam Ramadhan nanti mungkin tinggal lagi 8 juzuk je kot.. InsyaAllah.

BTW, sesapa yang tak pernah baca Tafsir Quran sila lah mula baca. SERONOK! Serius tak tipu! Lepas ni insyaAllah saya nak ulang baca lagi lagi lagi DAN LAGI LAGI. Hehe. Hmm terima kasih kepada ayah yang carikan saya guru untuk belajar membaca al-Quran. Dua orang ustaz guru saya tapi yang saya paling ingat Ustaz Azizan. Mungkin sebab dia yang ajar saya paling lama dan sehingga khatam. Btw, anak-anak lelaki dia semua hensom! :P (tapi dah besar-besar ni I jumpa semula dah tak hensom pong?? oishh I da rabun dari kecik-kecik ke pe? muahahaha)

So, korang masih ingat lagi pengalaman belajar puasa pertama kali korang? Saya? Ingat! Muntah dengan teruknya. Haha. Puasa pertama saya masa saya berusia 6 tahun. Mak and ayah tak ajak pun puasa tapi saya tengok mereka tak makan or minum, maka saya pun ikut sama tanpa tahu puasa itu ada NIAT dan SAHURnya. Kerana itu pertama kali saya seharian tidak makan apa-apa sejak dilahirkan, perut saya masuk angin dan saya muntah di depan pintu rumah ketika balik dari sekolah. Setelah mak hulurkan air, maka batal lah puasa saya hari itu yang sememangnya dari awal lagi dah tak cukup syarat. Huhu.

Pengalaman saya belajar puasa tidak sesukar mana. Maksud saya tidak susah diajar berpuasa. Semua adik-beradik saya pun. Walaupun adik bongsu saya ini jenis kuat makan tapi bila bulan puasa tahu pula dia menahan lapar. Alhamdulillah. Kami juga tidak pernah ditipu dengan istilah 'puasa separuh hari'. Dari awal lagi mak dan ayah ajar puasa penuh dan cukup sebulan. Mungkin kerana saya sudah memulakan tradisi, adik-adik saya juga semuanya bermula belajar berpuasa semasa umur 6 tahun. Cabaran tuh! Kerana di Tadika semua pelajar lain akan makan kan? Hmm tak ingat macam mana saya menghadapinya. Hehe

Tapi.....pengalaman belajar SOLAT?! Owhhh sehingga dirotan-rotan! Ohoiiiiii!~~

Saya tak ingat bila saya mula belajar solat? Mungkin ketika saya darjah 2 or 3. Bila saya fikir semula pun, PELIK! Hmm apa ntah yang payah? Kadang-kadang dah siap berwudhuk bertelekung, saya cuma duduk dalam bilik sehingga cukup 5 minit dan berpura-pura dah solat. Astaghfiruallahazim! Haishh mengapalah saya begitu? Wuwuwu. Kadang-kadang solat sambil bermain dengan adik. Tolak menolak dan gelak-gelak. Bila kantoi hinggap la rotan ke badan. Wuwuwu. Syukur lah bila dah besar-besar ni tak perlu sampai di rotan-rotan baru nak kejar waktu solat! Huk!

Haa nampak tak dalam kisah saya ni, mahu mendidik anak beribadah bermulalah dari kecilnya. Lagi awal lagi bagus. Mula-mula memang terpaksa tapi lama-lama ia jadi RELA. Tapi didikan kenalah dari contoh tauladan yang baik. Mak ayah kena lah buat dulu. Barulah anak-anak ikut. Anak-anak tiru apa mak ayah buat, tak dengar apa mak ayah cakap. Nak anak soleh dan solehah, maka mak ayah pun kena lah soleh dan solehah juga kan? Apa-apa hal pun, semuanya, InsyaAllah. ^^

ni ah tudung masa mak mula-mula nak ajar saya pakai tudung. nguahahaha~~

BERcinta hingga ke SYURGA

C I N T A ? JATUH cinta? BerCINTA?

Serius, saya ada masalah mengaplikasikannya bila melibatkan si TERUNA dengan si DARA or si DUDA dengan si JANDA or yang bersilang antara duanya. Lagi masalah bila yang diluar tabii manusia yang WARAS akalnya (adakah aku cuba mengatakan yang si GAY ini GILA? wehehehe..tidaklah tidaklah..korang kureng waras je.;)). Sebab, haiwan yang tak ada akal pun tahu jantan UNTUK betina, BETINA untuk JANTAN. Nauzubillah. Sesiapa yang dah terjebak, cepat-cepatlah BERTAUBAT, selagi nyawa masih lekat. Jangan banyak alasan! Malu kat haiwan k? Wuuuu

Yang manusia panggil CINTA adalah perasaan terlalu sayang terhadap seseorang (cinta OBSES bila tahap kau nak orang tu mati, tak pun kau yang mati, kalau kau tak dapat bersama orang yang dicintai tu kununnya. Haa ini BENAR GILA!). Tapi manusia juga cakap, cinta adalah suatu perasaan yang terlalu SUCI terlalu AGUNG yang even words pun cannot describe la! So, perasaan yang suci dan agung ini layak ke untuk SEORANG manusia? Seeee I got question mark there! Itulah rahsia saya bertahan dari terjebak dunia cinta manusia selama 23 tahun. Wink!

Sebab itu, saya sukar jatuh cinta apalagi mengungkapkan kata cinta. Saya tahu YANG suci dan agung itu SUKAR DITEMUI. In fact, TIADA! So, missy missy mister mister di luar sekalian, BERHENTI cari yang sempurna. Tak ada yang suci tak ada yang agung tak ada yang sempurna di kalangan manusia. Same goes with me. Hik!  Perasaan yang dikatakan cinta itu diperlukan untuk lelaki dan perempuan serasi hidup bersama je. Tapi sedihnya, manusia selalu juga mensia-siakan cinta setelah dimiliki. Memang manusia ni makhluk yang sukar dijinakkan ke pe?? Aigooo

Apa ke hal pong, yang saya faham, untuk SAYA berkahwin atau untuk hidup serasi bersama lelaki, saya perlukan perasaan yang dikatakan cinta itu. Mak and ayah saya berkahwin atas dasar cinta mungkin sebab itulah I got that idea in my brain. CINTA = KAHWIN. But serius, lelaki adalah subjek yang terlalu asing pada saya. Lelaki yang paling saya kenal hanya ayah saya. And saya selalu keliru dengan cara ayah cinta kan mak saya. Hehe. Tapi apa-apa hal pun, I know and I can see how deep they love each other if not macam mana diaorg nak stand by for each other for almost 28 years ni. KAGUM! Alhamdulillah. 

Itulah manusia juga kata cinta ini saling menyempurnakan. :)

Hmm pe saya nak cerita SEBENARNYA? Tajuk bercinta hingga ke SYURGA? Begini kisahnya, sejak saya pernah jatuh cinta, saya bukan setakat mahu cinta itu sampai ke perkahwinan sahaja. Saya mahu cinta saya kekal hingga ke syurga dengan izin Allah pastinya! Tapi yup, cinta saya di dunia lagi dah tak tercapai. Mungkin sebab pertaruhan saya terlalu besar dan SALAH. Saya bercinta dengan yang tak cinta kan Allah. In other words, BUKAN ISLAM. Bukan maksud saya salah jatuh cinta dengan bukan Islam, salah satu cara berdakwah penuh hikmah pun guna perkahwinan apa, kan?

Tapi yang salah, CARA saya. Cara saya bercinta. Semoga Allah ampunkan saya. :'(

Semenjak hati saya dipatah-patahkan manusia, saya mula mencari, mula belajar, mula mahu betul memahami, apa itu CINTA pada manusia? Sumber saya bukan setakat apa yang manusia cakap tetapi apa yang telah Al-Quran beritahu. Kata-kata Allah mula saya sering renung-renungkan. Semakin banyak kesilapan saya, saya jumpa berlonggok depan mata saya. Tapi saya tetap, DENIAL. Begitu kuatnya cinta manusia menguasai saya. Tapi, Allah tak putus asa dengan saya. Macam-macam petunjuk Dia beri. Hingga akhirnya saya sudah sedar sekarang dan sedang memahami pelajaran yang seterusnya. :)

Alhamdulillah. Jadi, apa pelajaran yang seterusnya?

1. Belajar maafkan diri sendiri. Kerana orang kata, to move on, to be happy, I have to forgive myself and live a life without regrets. Tapi susah saya rasa sebab seolah-olah saya dah puas hati dengan taubat yang saya buat sedangkan belum tentu taubat-taubat saya itu telah diterima. :'(

2. Saya memang tidak sempurna! Bukanlah bermaksud saya selalu rasa diri saya cukup sempurna sebelum ini. Tetapi kesilapan yang saya buat kali ini adalah kesilapan paling terbesar saya pernah buat hingga saya terasa sangat cacat. Once again, how can I have no regrets when I can't even forget?! :'(

3. Untuk percaya lagi. Percaya tentang cinta manusia lagi. Frankly speaking, hati saya sudah tertutup. Saya tak berani punya rasa lagi walau mahu percaya jaminan Allah. Saya takut cinta manusia sekali lagi menjauhkan saya dari Allah.

4. Redha dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah saya mampu paksa diri saya ni!

5. Muahahaha serius plak dah post saya kali ni. Hmm semasa menaip ni pun saya masih try to figure out everything yang happen to me this few years and list out the lessons. Am still healing dear. Orang kata (manusia lagi? heh!), apabila kita boleh berbicara tentang luka kita tanpa rasa sakit, maknanya kita sudah sembuh. But, mine? Not yet nampaknya. :)

BTW, hmm saya mula mahu belajar konsep tanpa cinta pun saya mampu menikah dengan mana-mana lelaki yang pastinya bermaksud bercinta selepas nikah la tu. Ntah macam mana benda tu. Kena ada FAITH yang veri da STRONG nampaknya. Owhh ntah bila. Haha. Tapi yang pastinya impian saya mahu bercinta hingga ke syurga masih ada cuma saya belum berani mencuba lagi. Saya pun belum jumpa lagi lelaki yang saya mahu jadikan suami (so, JANGAN tanya bila saya nak kahwin? sepak kang?!). ;)

tak suka betol saya fact fact yang macam ni nih! muahahaha



P/S: Oh ya. Semenjak saya semakin belajar mencintai Allah saya juga semakin mencintai diri sendiri. I feel so good. Becoming so content.