Tuesday 26 June 2012

morning lap lap bird sekalian..;)

Pengaruh Mr. K! :P

Wehhh tapi saya curious gile rupe dia cane??? Mesti tak hensom kan?? Tu dia tak penah tayang. Err..well yang saya perasan blogger perempuan selalu tak hide identiti tapi blogger lelaki selalu sorok-sorok. Owhh statistik insan yang sangat novice dalam dunia blogging. Hehe. BTW, saya bukan nak cite pasal MR. K.

Hmm, my gegurl kacak sound la akak akak ni sedey sedey je. So, hari ni nak post happy happy la. Haaa what can make me happy?? A BOOK. Seriously, just A book is enough. Kalau banyak lagi la. Muahahaha. Well, semalam hari saya disaster sket. Gitu le gamaknya buat kerja tak IKHLAS. Allah bagi TUNAI. Wuu

But then, saya balik rumah, 3 buku saya da sampai. YEAYyy!! Hmm but then it's means bertambah lagi 3 buah dalam LIST untuk DIBACA! Err..sebelum tu da ada 11 but last weekend I da settle 3 n now tambah lagi 3 semula, jadi tak de beza. Dalam perjalanan ada lagi 8 buah ye puan puan cik cik sekalian. Nghee

Frankly speaking, sometimes saya pun confuse saya ni bookaholic ka SHOPAHOLIC? FYI, err errr tuk this month saya dah habis 272 hengget Malaysia tuk 10 buah buku. BUKU CITE. YeayYyy 4 baris da buku-buku lagha haku yang tak lagha sebaris je. Nghee. Memang kena rombak semula barisan kabinet neh!

Maka dengan itu, saya berjanji (cross my fingers), saya cuma akan beli buku-buku yang tersenarai di bawah ini sahaja sehinggalah buku-buku tak lagha saya bertambah cukup sebaris lagi. Hee. Please enjoy the PICTURES. ;) Kalau tolong beli kan pun happy juga. :P







Monday 18 June 2012

someday I'll find my prince but my daddy will always be my king!

Lelaki yang paling sayang saya?
AYAH saya.
Lelaki yang sanggup berkorban untuk saya?
AYAH saya.
Lelaki yang selalu fikir kan kebahagian saya?
AYAH saya.
Lelaki yang pasti rindukan saya?
AYAH saya.
Lelaki yang selalu percayakan saya?
AYAH saya.
Lelaki yang tak pernah putus asa dengan saya?
AYAH saya.
Lelaki yang selalu ingin lindungi saya?
AYAH saya.
Lelaki yang selalu mahu senyuman saya?
AYAH saya.
Ayah, insan pertama yang melihat saya, selain mak bidan setelah sampai ke dunia. 
Tapi emak orang pertama yang merasa sentuhan saya.
Ayah yang kalut sedut hingus saya bila dah biru muka saya tak cukup udara. 
Masa bayi mana tahu buang hingus sendiri kan.
Ayah insan yang tak boleh lihat darah saya menitik ke tanah.
Digigit nyamuk pun sudah bising serumah.
Ayah keras orangnya. Kata-katanya bisa bila dikuasai amarah.
Tapi hatinya lembut juga bila air mata saya tumpah.
Tiada siapa galang ganti ayah.
Maafkan saya ayah.
Kasih saya belum sempurna sebagai anak ayah.
Hingga mati pun tak kan pernah sempurna seperti kasih ayah.
Selamat hari bapa ayah.
Terima kasih atau hadiah tak kan pernah cukup membalas jasa ayah.
Saya S A Y A N G ayah.
Sayang sangat-sangat.

Ni la ayah saya! Hensom kan??

Wehhh pe hal aku rindu ayah sampai menangis ni.?? Wuuuu....:'((

Thursday 14 June 2012

andai ku bercinta lagi

Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO

Lagu ni tengah feymes kan? Bermain-main di corong radio and jadi theme song untuk drama AMEERA yang sedang ditayangkan kat TV3 tu. Tengok tak?? Well, adaptasi novel, tapi novel BM dah lama ketinggalan so memang tak pernah baca maka tak pernah tahu lah apa cerita the whole story. Tunggu la week by week. Slot utama kat umah daa. Ayahanda I pun terjebak tuu. Sejak ayah dah TUA tua ni. Layan plak dia drama melayu. Dulu bukan main ANTI. =,=

But then, saya bukan nak cerita pasal drama tu. Saya nak ulas tentang lagu tu. ;)

Well, saya baru hadap MV nye tadi. Owhh EDRY yang hensem! Tapi mata I tertangkap gak dengan mata AWEERA. Pe lagi dengan hidung mancung tepacak dia tu kan. Suara dia lagi. Perghhh! Hee..

BTW, mata I berair. SEDIH. :'(

MV dia sedih k. Then baru boleh I hayati liriknya. Huhu. SEDIH. Gila masalah aku ni. JIWA KACAU. LOL. Haa kan dah ber'aku'. Well, saya duk bersaya pasai my mummy marah ley cakap aku aku. Haa..so I praktis sini cukup ler. ;P

Take note PLEASE. Lagu tuh tiada kena mengena dengan sesapa dalam hidup saya. Belum ada sesiapa yang LAYAK untuk itu. Tapi kalau de sesapa nak dedicate lagu tu untuk saya, dialu-alukan. WAKAKA. Owhh merepek suda. Hee...

Well, andai saya bercinta LAGI?
?
?
?
?
OF COURSE dengan ENCIK SUAMI! ;)

InsyaAllah.

COLAN-colannya? Hmm hmm hmmmmm..gatai plak anak tekak. ;P

1. BFF saya? Well my siste sista suke menoOoo (RESTU beno). Memang dia lah takat ni lelaki yang tak pernah turn me DOWN. Always available to make me smile, tak jadi nangis and tak jadi gila. But KAWAN is KAWAN. Cukuplah. Dia backup player sentiasa. Hee..

2. Abang-abang angkat saya? Well, since mereka (2 orang je k, yang sulung dulu dah bersara..;p) bukan berdarah daging dengan saya pun kan, the possibility still got what. Tapi entah lah ek, since saya mengenal lelaki, saya tak pernah langgar border yang saya dah setup dengan setiap lelaki. So in this case, ABANG is ABANG.

3. Mr. O?  Well dia kata saya mengajar dia menjadi lelaki yang lebih baik. Sejak kenal saya baru dia TAHU baru dia FAHAM betapa seriusnya tentang HATI. Kerana itu akhirnya dia tak mahu lepaskan juga menggenggam saya. Dia bukan takutkan komitmen tapi dia sedar dia belum mampu. GOOD.

"saya tak yakin dengan keadaan saya sekarang mampu ke saya bahagiakan awak?"

Auwww..so touche'. ;P

BTW, mereka ini tersenarai kerana mereka ni je la lelaki-lelaki yang saya baik ponggg. Sikit kan sikit kan? Well, saya bukan jenis perempuan yang MESRA ALAM terlebey. ;)

So, in conclusion, I still don't know WHO.

Soal siapa jodoh saya ni tidaklah terlalu mengganggu saya. Pada saya, bila sampai masa baru fikir boleh? Berkahwin tu bukan TUJUAN hidup saya. Cuma yang pasti, saya mahu tengok juga rupa anak-anak saya. Hmm, nak anak sendiri memang kena NIKAH dengan lelaki ler. Tapi adopt anak-anak yatim kat luar ni pun ok je. Cuma yahh..sebagai wanita, tak sempurna rasa jika tak pernah melahirkan anak kan? ANAK. Seseorang yang mampu kami miliki hampir sepenuhnya. Pemilik mutlak adalah ALLAH.

Akhir kata, (pe hal aku SERIUS sangat ni??), to be continued. ;P

Monday 11 June 2012

melodrama anak duduk dengan mak ayah

Well well WELL..maafkan saya andai posting ini nanti terEMO pula.

FYI, am still living with my parents and am almost 27 years old in coming months. Still unmarried and obviously don't have any SPECIAL BOYFRIEND. I don't think I need one. Owhhh enough is ENOUGH. I know am old enough to have 3 children at least as my MUM did. But come on, at her age I still don't know what is lovey dovey?? Am just too struggle with my books! Oiii SPM oiii..ok FINE. Am kind of NERDY one. Err Really?? Obviously am just afraid of my DADDY. LOL. Oiii Serious first love letter I got from someone name's Tengku Rizdwan. Surat dia saya bawa balik and I bakar dowh! Gigil tangan takut ayah jumpa. HAHA

Enough with that nostalgic. After I finish my study, I return to the 'nest'. Almost 6 years been away from home, my daddy quite reluctant to let me go once again. So, I layannnn. Lagipun baru habis belajar yang dah berbelas tahun ah. PENAT. ;P But then you know, I know (err..), time to move on. Sampai bila nak duduk rumah kena la mula cari kerja and berdikari and tolong mak ayah pula. FYI (again), am the ELDEST. See, I know how big my responsiblity is! And the most important, no matter what I do, I always need to consider my daddy coz he is really really OVERPROTECTIVE one! Always paranoid about his children safety! My dad sanggup drive even tengah malam just to make sure anak dia SELAMAT. Batu Pahat-Shah Alam bukannya dekat!

At last, I end up working just near home. That's why am staying with them. The paid not really LUMAYAN but still enough for me not being in debt (NEVER IN FACT!) with my parents or anyone except PTPTN and going for vacation once a year even just dalam negara saja but still I naik flight tiap tahun hoke? And the most important, walaupun tak mampu lagi memewahkan my mum n my dad but still, I still mampu hulur duit pada mak ayah and adik-adik. So, what a BIG DEAL? Why making FUSS about me still staying with my parents? Hellooo mulut janganlah ringan nak cakap anak orang ni BEBAN. Anak awak tu pun belum tau lagi pe cite???

Haaa kan dah mula nak EMO! Serius. Saya marah. Sedara-mara yang mengata lagi SEDIH!

I really hate mentioning those strikethrough part.

And about me still not married, ASTAGHFIRUALLAHALAZIM, is it really A BIG PROBLEM? FYI (again and again), topik kematian itu lebih dibincang secara terbuka berbanding soal jodoh di rumah saya ini. INGAT-INGATLAH MATI. Haa berkaitan mati, kamu tahu, saya selalu beritahu ayah saya, tidak mengapalah ayah jika kita sampai mati pun begini saja, sekurang-kurangnya InsyaAllah di akhirat kelak tidak terlalu lama kita dihisab sementara nak habis menjawab segala harta dunia yang dipertanggungjawabkan atas kita. Cukuplah apa yang kita ada ni. Tak pernah kita meminta pada sesiapa kan? Semua yang ada di rumah kita TUNAI belaka.


Pssstttt baik fikir kecomelan arnab ni dari fikir kejelikan mulut orang yang tak tahu sivik! ;p

Friday 8 June 2012

menghilang sedih cara saya

1. Saya banyakkan membaca surah Yassin. Doa Yassin saya baca makna dan hayatinya. Saya suka makna doa Yassin tuh!
2. Saya solat Taubat n solat Istikharah setiap pagi beserta solat Dhuha. Saya solat Taubat sebab saya rasa berdosa terlalu sedih hal dunia. Saya solat Istikharah moga Allah terus pandu hati saya dalam membuat keputusan yang seterus-seterusnya. Saya solat Dhuha sebab waktu tu waktu Dhuha. Hehe
3. STOP!, talking about my SADNESS. Dear, when you keep mentioning, repeating, words by words, the SAD IDEA will haunted u more longer. ENOUGH meh. Get LIFE!
4. Bersosial di alam nyata bukan di alam maya. ;)
5. Kiss n hug my mum n dad every morning every night. Lucky me still living wif my parents. But untuk yang unlucky skit, bela pet meh. Bela kucing batu ke, ikan puyu ke, labi-labi ke and so on pets yang ada di dunia.
6. Be thankful. Be realistic. Lupakan ilusi. Remember?
7. Cepat-cepat istighfar di kala setan duka lara mau menghantui semula. :)


Psttt sape suka katun ni??? :D

Wednesday 6 June 2012

serius saya tak nak jadi si RAMBU RAMBA


Err lately idea BERTUDUNG ni memang makin diterima perempuan, kan? Kan? Kan? But, as a FASHION. Opss bukan nak mempersoalkan niat dan keikhlasan si pemakai! Saya nak cerita secara fizikal saja. Sekarang ni kain tudung macam-macam jenis fabric, design and dah macam-macam brand juga. Aksesori untuk tudung pun, aduyaii pun...cekak and klip rambut bukan setakat untuk si free hair je ler skrg ni haa.

Then, BAJU, kesedaran si Muslimah untuk berpakaian mengikut piawaian pun makin meningkat. Proof? Berlambak-lambak dah bisnes baju Muslimah. Makna ada market lettew (Pengaruh fara lee). But still fokus pada fizikal. Cari yang longgar yang labuh but lupa ciri sederhana. Sometimes saya tengok pakaian yang katanya berciri Muslimah, giler DISASTER. Err mangsa fashion. HOHO!

Ok FINE. Jadi Muslimah zaman sekarang memang len macam dia punya cabaran. Semua orang sibuk berFASHION . Abis kita Muslimah mesti la tak nak ketinggalan KAN? Hati PEREMPUAN, mana boleh tengok perempuan lain lebih. Lagi-lagi bab KECANTIKAN ;) Cuma, yang saya perati fashion ni cantik atas PAPER je tapi kalau depan mata SEMAKnya terasa. ^^V

Jadi, jangan kita jadi POHON KRISMAS bergerak tau. Cukup bergaya time PHOTOSHOOT saje. V^^V


Errr...

Tuesday 5 June 2012

something to ponder

2. Semuanya kembali pada Allah.

"SAYANG macam mana pun kita dengan MANUSIA, jangan lebih dari CINTA kita pada ALLAH.
KECEWA macam mana pun kita dengan MANUSIA, jangan lebih dari rasa BERDOSA kita pada ALLAH"

"ALLAH kecewakan kita dengan manusia kerana mahu kita INGAT DIA"

"Mungkin kita TERLUPA DIA masa bahgia tapi JANGAN sampai dah susah pun MASIH lupakan DIA,
bagai MALANG yang bertimpa-timpa"

"HADAPI R.E.A.L.I.T.I. LUPAKAN I.L.U.S.I."


Pinjam! HAHA

Monday 4 June 2012

lelaki anak mak, perempuan anak ayah..WELL

Adik lelaki sulung saya telah selamat di buang ke Dungun 2 Jun yang lalu. Ni kali ketiga hantar dia ni pergi belajar, but stiiiiiill my MUMMY kalut lebey. Oishhh sakit hati ni. Dulu saya anak pertama yang pertama kali nak p duk jauh-jauh dari dia, dia RELAAAX je. Ayah I yang mata merah tau! Okeh. Jeles sebenarnya. =P

Adik saya ni dia nak g belajar dia relax je. Mak yang bising-bising suruh beli itu beli ini, buat check-up, sign itu sign ini (agaknya kalau mak boleh drive dia dah g beli buat semua sendiri). Sampai packing pun mak r yang kalut. Tapi last-last cadar tertinggal jugak. Wakaka

Owhh budak lelaki. Memang tak mampu urus diri ke?? Tu lah mak-mak kalut cam pe kan kan kan? Well, I dah bagi duit, g beli sendiri! Err..macam betoi marah pula. Tak ah. Tapi dengki nape time saya dulu mak tak kalut camni? 

1. Siap bekalkan sabun SUSU KAMBING suh cuci muka? Well I dulu sampai kena minta kot. 
2. Bekalkan sabun buku yang wangi tu tuk CUCI BAJU? Err..takut anak TERUNA dia mengelupas tangan??
3. Senang cakap toiletries sume mak siap sampai gayung je adik I sentap, "mak, mak ingat abang nak p sekolah pondok ke??" HAHA
4. Mak kalut cari stok air mineral tuk dia sebelum blah dari UiTM tu.
5. Mak kalut nak bekalkan nasi kat anak dia tu. Perghhh gila mahal makan kat ctu. Nasi kosong + 2 ayam goreng + kuah sambal ayam = RM9.50!!! Grrr
6. Mak berusaha gak nak ajak kami p beli cadar. Tapi tak larat nak layan ah. Dah ler PANAS, JAMMED gik! Ohoii
7. Mak asik TEPON dia! Ni point paling dengki neh! =P

Owhh teringat pula kecik-kecik dulu selalu merungut (errr..) "mak ayah ni asyik suruh akak je, adik tu kan ada, suruh la dia!" (not a gud example ye hoke dear). Then, my mum jawap pe u noe?? "Mak ayah asik minta tolong kakak sebab percayakan kakak". =,=

Ni ah budak terbuang tuh. Wehehehe..actuli, dia tak NANES. ;)