Friday 22 August 2014

salam takziah

Hari ni hari berkabung Malaysia dengan ketibaan jenazah-jenazah tragedi MH17. SEBAK. 

Tanda tanya tentang pesawat MH370 belum pun terjawab, kesedihan yang belum pun pudar, datang khabar berita tentang pesawat MH17 yang ditembak pula. Seperti tak percaya pada mulanya. Yang boleh terlintas dalam kepala aku pada masa itu adakah dunia mahu perang dunia ke-3?

Ku usap anak yang masih di dalam perut ku.

YA. Hati nurani ku sebagai seorang ibu mudah terusik tentang segala yang ku fikirkan bakal ada pada masa hadapan. Bukan yang ku risau nasib diri ku tetapi anak ini. Teringatkan anak-anak GAZA. Sudah meruntun jiwa ku. Aku ini lemah. Hanya doa mampu ku kirimkan buat senjata.

Bersabarlah Malaysia. Kita dipilih kerana kita istimewa. Allah sayangi kita. Ada yang mahu disampaikan-Nya.

No comments:

Post a Comment