Friday 6 September 2013

kain pengantin

Alhamdulillah. Selesai sudah. Baru selesai beli kain ler ye. Belum jahit jahit beading beading nya. Haa. Hasil tadi puas hati untuk attire sebelah lelaki. Siap jumpa veil yang cocok sekali. Untuk sebelah aku ni macam skeptikal skit dengan lace hitam tuh. Harap-harap boleh adjust ikut kehendak aku la nanti. Huhu..

Untuk 4 pasang baju tu, kos sepasang jatuh RM130. Bole la bole la. Tidak la mahal mana tapi memang terlebey budget sebab beli veil. Veil lagi mahal kot. Hekk! Tapi, takpe. Yang penting dah setel kain hunting ni. Tak pening-pening dah pasal fabrik and design. Wehhhh pasal nak kain hunting ni tak pasal duk gugling belajar jenis-jenis kain tau!

Esok proses nak hantar pergi tailor. Mak kawan baik aku. Eee macam segan pula. Raya pun tak pernah sampai, time nak kahwin hegeh-hegeh mintak tolong jahit baju kan? Adeiii. Setepek tumbuk muka sendiri la. Sekali nak hantar 4 pasang plak tu. Hee. Nak demand cepat-cepat lagi tu. Ngheeee

Ehh ngape jadi 4 kan? Gni haa my bestie tu sebenarnya masih sedang berpantang, dia tak larat nak jejalan kain hunting ni. Memula semangat sangat tak kira kondisi badan tu, last last, bank in duit je suruh aku beli sendiri. Hmmm majlis nanti pun macam dia tak dapat datang. Kena buat catwalk kat umah dia je la nanti ni. Hoho

Thursday 5 September 2013

aku dan tisu

Lagi 84 hari oiiiii. Baju pengantin pun tak setel setel lagi. Memang nan hado la aku ni eh. 3 hari berturut kain hunting takdok hasil! Huhu.. last last hari ni demam selsema. Adoyai. Kifarah dosa la kot. Banyak sangat songeh. Ngeh ngeh.

Nak buat macam mana. Nak simple tapi nak cantik juga. Budget pun kena la kira-kira. Nak pilih fabrik nak pilih warna nak pilih design nak cari tailor. Adohyaiii. Nape tak sewa dengan bridal je ye? Baju bridal sume out of my taste.

Kita ni dah lah majlis simple. Tetiba baju over macam tak kena. Bukan takde yang nak sponsor tapi kita nak demand nanti orang tak suka. Takpe lah. Jadi kita susah susah sendiri sikitlah. Yang penting hati sendiri puas.

Esok last hunting ni. Macam mana pun mesti kena jumpa. Jakel la tempat pemburuannya. Boleh tahan gak rege rege kain ni. Nak murah hado tapi kualiti kurang tak mahu juga kan. Baiklah mak encik. Tawakal saja ni.

Insyaallah. Allah bagi jalan. Kita dah niat mahu berpakaian yang diredhai Tuhan kan? ;)

Baju nikah encik Tunang dah beli kan baju kurung moden putih beading goldie goldie gitu. Ini tudungnya dah setel tapi shawl pengantin biasa la jarang. Jadi, kenalah cari inner nak cover. Mak asyik suruh pakai veil. Aku pening dah mana veil nak matching.

Adei. Kira baju nikah pun blom setel, kan?

Baju walimah plak. Untuk walimah sebelah aku, dari awal dah pilih warna purple. Ni warna gurlish yang encik Tunang setuju. Guggling punya guggling ak jumpa design baju ni. Simple but nice and sweet pada aku.

Untuk walimah sebelah pihak lelaki, aku dah cuba cari warna kegemaran dia. Dia suka warna biru. Tapi pegang biru ini, biru kain sekolah menengah. Biru itu biru BN plak. Dah jumpa silver yang agak bluish tak cukup meter plak dah. Hadoiii!

Memang takde rezki nak berbaju biru kottt!

Maka, esok kena pertimbang-timbang warna lain. Encik Tunang ada sebut warna hijau. Hmmm tengoklah esok mana ku capai. Yang warna purple ni dah serah pada my bestie  yang cari. Hadiah kawen dia kata. Alhamdulillah.

Ohhhh selsema. Lekaslah baik. Aku nak putus sahabat dengan tisu. Wuwuwuuu