Wednesday 10 September 2014

Tipssss rumah tangga bahagia...INSYAALLAH.

Ya. Aku ni setahun pun belum genap berumah tangga. Tapi ada sikit lah yang aku rasa nak share kat sini. Sikit je. Setakat ni itulah yang aku sudah belajar.

Pertama: Jangan harap suami sahaja yang perlu manja kan kita. Suami ni pun ada manjanya. Lagi-lagi bila sakit. Ada masa suami macam anak kecil. Masa ni kita kena jadi mak dia. HAHA. Tapi, sebagai isteri, memang wajib MANJA! Belajar-belajar bermanja walaupun tak reti. Semua perempuan memang ada sifat manjanya walau se'independant' mana.

Kedua: Jangan expect pasangan layan macam tu macam ni macam tu bagai. Tak boleh tu. Kita jangan harap pasangan yang mula. Kita sendiri yang mula much better. Kita ajar dia macam mana nak layan kita. Contoh, if kita nak dengar dia cakap I love you kat kita hari-hari, kita mula la buat cenggitu kat dia dari awal kahwin lagi. Buat tiap kali nak tidur, bangun tidur, lepas solat, tiap kali dia nak keluar rumah. Haa tambah lillahi taala lagi baik. Makan dalam tu dengar hari-hari. 

Ketiga: Kalau nak suami tu ringan tulang tolong kita...MINTA! Jangan expect diaorang akan bergerak buat sendiri. Tak semua lahir dengan asuhan rajin tolong mak. Minta baik-baik bukan mengarah. Walaupun suri rumah kena ajar suami ringan tulang tolong di rumah. Kita jangan jadi isteri yang terlalu boleh diharapkan. Kan kalau dia raja kita lah permaisuri. Raja dah dilayan macam raja dah. Nape permaisuri macam BIBIK lak? Betul tak?

Keempat: Bila dah saling tolong-menolong, mulut mestilah ringan ucap terima kasih sesama sendiri. Mulut pun jangan berat nak memuji sesama sendiri.

Kelima: Mostly perempuan sekarang, bila berkahwin baru lah berjinak-jinak dengan dapur. Suami kena lah faham and menghargai setiap usaha isteri. Sebagai isteri, penting suami and anak-anak perutnya terisi dengan air tangan kita. Tak reti pun mesti BELAJAR! Masa memasak nak berdoa untuk ahli keluarga pun mudah. Lebih berkat kan? ;)

Keenam: Bila kita tersentap perasaan pasangan, samada dengan sengaja or tanpa sengaja, walaupun seketika kemudian pasangan dah kelihatan OK, kata maaf tu tetap perlu diucapkan. Barulah luka kat hati pasangan tu sembuh sepenuhnya. Jangan ambil mudah soal meminta maaf. 

Ketujuh: Aku memang tak berapa gemar isteri-isteri yang nak tegur suami dengan tag artikel-artikel kat media sosial tu. Tercabar ego dia. Takde nak dibacanya. Buat macam ni tak jaga air muka suami namanya. Silap-silap hari bulan kita ni dikira mendedah aib suami pula. BERDOSA. If tag sebab nak memuji takpe. Bak orang kata, praise in public, reprimand in private.

Kelapan: Peluk dan cium pasangan hari-hari, setiap masa yang ada kesempatan. Kekal romantik meh. Ingatkan pasangan begini hingga ke mati.

Kesembilan: Sebagai isteri, mesti sentiasa ingat, suami hingga mati adalah keutamaan. Jangan bila sudah punya anak, suami terabai. Jaga penampilan diri untuk jaga mata and hati suami. Duduk di rumah pun bersiaplah molek-molek noh.

Kesepuluh: Sentiasa ingat-mengingatkan tentang Allah. Jangan lalai walaupun sedang bahagia. Apalagi saat diduga. Bila sudah berkahwin ni, berdoa tu rutin yang patut jadi zikir hati setiap masa. Everything around us at stake. Don't take anything for granted. Sandarkan pada Allah. Semoga segala nikmat yang dipinjamkan tidak Allah tarik balik.

Kesebelas: Pastikan suami kita sentiasa dalam restu dan redha ibunya. Besar kesan redha seorang ibu ni. Percayalah. Tak percaya, balik tengok nenek belah mak ayah korang dengan keadaan adik-beradik mak ayah korang. Fikir-fikirlah.

Kedua belas: Walau macam mana pun kita rapat dengan ibu bapa kita sebelum kahwin, kena mula ada border bila sudah berkahwin. Kita kena jaga privasi and air muka pasangan di hadapan ibu bapa kita. Biarlah mereka lihat yang baik-baik sahaja dalam perkahwinan kita.

Ketiga belas: Belajar menjadi isteri yang tenang disaat suami tertekan. Tak perlu banyak cakap. Beri dia ruang dan masa and beri 'service' extra care masa tu.

Keempat belas: SENYUM. Muka mesti manis sentiasa. Biarlah wajah kita sumber ketenangan buat pasangan kita.

Kelima belas: Boys never grow up. Remember and bersedialah sentiasa. Sampai masa suami akan mahukan ruangnya semula. Don't argue. Bagi saje. He'll come back later. If betul dia sayang kita. ;)

Semua tips ni mungkin tak applicable untuk setiap keadaan pasangan suami isteri. Tapi, inilah antara usaha aku sebagai isteri untuk terus mengambil dan menjaga hati suami aku. Gunalah yang mana boleh pakai ye. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment