Saturday 6 April 2013

Mac dah berakhir

...tapi baru hari ni saya nak conclude. Bulan Mac lepas saya macam busy. Penuh aktiviti. Teman kakak sepupu bercuti, bawa kawan baik jalan-jalan bercuti-cuti and busy bercinta. Err.. =P

Gurau je. But, my love life memang running smoothly and getting 'solid' day by day. Banyak kali dia nak jumpa ayah. Dari awal lagi pun. Tapi saya yang takut nak jumpakan mereka. Last last my mum yang decide. Bulan Jun ni ma nak dia jumpa ayah. Hee

Dua bulan yang pertama ni segala-galanya memang berjalan dengan baik dan mengembirakan diri dan membahagiakan hati. Semoga kekal hingga ke syurga. Tapi seriously, sebelum saya cuba mengenali dia, saya tak pernah sangka dia begini orangnya. Conclusion, HAPPY.

Bulan lepas, my bestie Chigusa getting married and this month my best buddy Haqim getting engaged with our friend Awien, at last. Alhamdulillah. Semoga kali ni hati dia benar-benar tetap and mereka berjaya menempuh rintangan dugaan sewaktu bertunang ni yang macam ngeri je. Hee

Pertengahan bulan Mac, saya balik ke Kedah bersama ayah kerana lanjutan dari perjalanan menghantar customer nya ke LCCT. Saya lah tukang pengiring. Rasa macam ada company travel and tours aje tapi itulah setakat hantar mereka pulang di LCCT. Haha.

Sesampainya saya ke kampung halaman, kakak sepupu kesayangan saya, Kakchik Ani terus ajak saya ke Langkawi. Maka ke Langkawi ler saya selepas 12 tahun yang lalu. Hoho. And sesampainya saya ke terminal saya teringat saya pernah berkata tak mahu ke Langkawi hanya kerana terkilan pada sepasang manusia.

So S T U P I D! So I proceed. Langkawi tu bukan mak bapak diaorg punya. Sekarang saya dah rasa nak kembali lagi ke sana dengan dia kalau ada jodoh bulan madu kami kan. Hoho. Tapi yang paling mengujakan, abang sepupu saya yang paling 'silent' and susah nak tinggal kampung, join kami. Hoho.

3 hari 2 malam di sana. Seronok. Tak de recall apa-apa memori pun sebab memang tak ingat apa dah. Tapi saya suka la Pantai Cenang nih. Happening walau cuaca agak tak menentu, semua orang macam tetap enjoy. Tapi saya takde mandi laut. Memang tak nak. TQ.

Balik kampung kali ni, langsung tak tidur rumah Tok or Pak Long. Hari balik dari Langkawi juga adalah hari pulang ke Johor. Ada hikmah juga jadi begini. Ayah punya peluang bersendiri bersama mak dan abangnya. Saya tahu, dia mula tak senang duduk melihat saya seperti punya teman lelaki. Haha.

Pulang ke Johor, kawan baik saya, Olin dari Sibu pula yang datang. Saya sangat333~~ gembira! Bila dia pulang, baru saje naik bus ke Singapore tu, saya sudah rindu kan dia. Saya sempat membawa dia melihat-lihat Bandar Hilir. Saya gembira dia gembira berada di rumah saya sampai pandai rindukan kami sekeluarga. ;D

Entah bila lagi akan berjumpa. Ini selepas 5 tahun. Olin yang dulu kurus keding pun dah pandai berisi. Lain. Hampir tak dapat mengecam dia. Bukan lah dia gemok tetapi dulu dia terlalu kurus dengan rambut panjang lurus, macam hantu. Hehe. Ampun Lin. :D

Olin ke Singapore, cuti sekolah di Malaysia pun bermula maka pulang lah buah hati saya. Sudah tentu dia nak jumpa saya. Yah. Terpaksa guna helah untuk berjumpa and setengah jam sekali ma telefon tanya di mana? ==' Kami sempat selesai urusan masing-masing dan makan tengahari saja. Tak bertemu lama-lama.

Ha semasa keluar dengan dia, saya dapat call dari Secretleaf. Saya memang hadiah utama. Percutian 3 hari 2 malam berserta menonton perlawanan bola TRW di Da Nang, Vietnam. SEDEY! Tak dapat pergi. As expected ayah tak kan izin kan. Hmm rezeki di muka pintu di tolak ke jalan. :'(

Buah hati saya ubat hati saya dengan hadiah kan buku. Terima kasih. Kegembiraan berjumpa dia, bersama dia, agak membuat saya terlupa kesedihan hati tak dapat pergi bercuti FREE. Sebelum dia pulang, sempat berjumpa lagi. Marie Cheese, inti sandwich and simcard baru jadi alasan untuk bertemu.

Lastly, saya dapat anak buah baru. Nurin Nadia. Anak Abang Nuat dan Kak Ida. Haish si comel. Nanti raya kita bertemu. InsyaAllah. ^_^

No comments:

Post a Comment