Sunday 14 April 2013

imbalan dosa

Ya Allah,
Sikit amal ku, berat dosa-dosa ku
Seribu tahun hidup takkan mampu tebus dosa ku
Takkan ku mohon panjang umur ku
Jika hanya makin menjauhkan aku dari Mu

Ya Allah,
Panjang umur ku, peliharalah aku
Pendek umur ku, percukupkanlah aku
Buruk dunia buat ku, pisahkanlah aku
Terbaik buat akhirat ku, permudahkanlah aku

Ya Allah,
Pekakan telinga ku dari fitnah dunia
Celikan hati ku dari drama fantamorgana
Tutupkan mata ku dari keaiban manusia
Jaga lidah ku dari mencincang hati mereka

Ya Allah,
Lindungi aku dari berkata nista
Lindungi aku dari mengadu domba
Peringatkan aku dikala aku berdusta
Pukulah aku jika itu buat aku terjaga

Ya Allah,
Azab meniti Titian Sirat Mu ini
Khabarnya sudah cukup ngilu dan ngeri
Bolehkah menjadi imbalan dosa-dosa ku nanti
Cukup aku kerling sahaja ngauman neraka Mu ini


P/S: Silalah baca buku terpelanting dari siratulmustakim. Insaf kot haku. Hee

No comments:

Post a Comment