Friday 24 May 2013

Ini ceriTa aPriL

Bulan April ni macam kosong tapi macam serius. Lately aku asyik terfikir tentang tanggungjawab aku sebagai anak yang seharusnya berbakti kepada keluarga. 10 months sudah aku menganggur. Without income memang tiada lagi bantuan kewangan dapat aku hulurkan.

SEGAN. Ayah sudah mula menghulur wang poket kepada aku.

Aku sedaya upaya hidup tidak membebankan. Tapi sememangnya aku ini murah rezki kali. Dalam akaun aku masih ada RM200 baki simpanan sana sikit sini sikit, yang pastinya bukan dari ayah or dari ayah pun bukan aku dapat secara percuma.

Hanya wang RM50 semalam sahaja yang aku peroleh percuma.

Ayah, walaupun akak bukan anak yang membantu ayah di dunia tapi akak akan cuba pastikan akak anak yang membantu ayah di akhirat kelak. INSYAALLAH. Masa aku kosong. Masa aku lapang. Sedaya upaya aku penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti berpahala. Semoga dengan kemudahan hidup yang ayah sediakan ini, ayah mendapat bahagiannya. Aminnn. Eh, apa mungkin aku patut mula menghafaz al-Quran juga? Hee..apa mungkin dengan aku yang sedang 'bercinta' dengan manusia?

Tentang dia? Yup! Hubungan kami semakin serius juga. Dia sendiri semakin kerap bicara soal masa depan kami. Petanda baik ke? Rasanyalah. Dalam hubungan macam ni, biar lelaki yang lebih serius. Kita perempuan ikut rentak sahaja. Belajar dari pengalaman. ^^V

Tapi, malam tadi aku tak dapat hubungi dia sejam. Sebelum tu dah tak berhubung untuk 3 jam. Aku ingat aku sudah berlepas diri dari cinta manusia tapi hal malam tadi mengusik trauma betul. Aku risau sampai marah. Nak balik lewat tak tahu cakap. Phone out of reach lagi! ><

Seee.... AGAIN! Another person yang boleh menghilang tanpa jejak dalam hidup aku ni. Apasal lah mesti hadapi risiko macam ni lagi? Heh!

23 April 2013

Dapat tawaran jadi guru ganti. Saya..........GEMENTAR.

23 April 2013
Petang, tak pasti pukul berapa. Lupa.

28 April 2013, hari aku temu kan ayah dengan Hafiz. Yes. Nama dia HAFIZ. Walaupun statement seterusnya macam aku perasaan sendiri je, Hafiz terus nak balik bila dapat tahu aku dapat kerja ni. Alasan dia mahu hadiri kenduri kahwin kawan tapi minta nak jumpa aku juga. Apakah??

Hafiz risaukan aku. Lagi statement perasan sendiri. Hehe. Ah dia dah mengaku pun. Kerana aku tiada helah or dah tak mahu berhelah, ku paksakan diri berterus terang dengan ayah tentang dia. Then, ayah suruh dia datang rumah. Bermula lah episod mereka berkenalan secara rasmi. 2 jam. Hamikk!

Alhamdulillah. Semuanya berakhir dengan baik. Izin ayah dia dah peroleh. Amanat ayah pun dah diberikan. Bukan senang nak berkawan dengan anak pakcik Md Saufi ni. Rasakan. Tak kan dapat berdualah kita selagi tak ada ikatan.

Tutup cerita dia. =)

Baru sehari aku serius memikirkan tentang income, aku terus dapat tawaran kerja kan? Alhamdulillah. Sepupu aku kata ini rezki aku dah ada niat nak berkahwin. Hee. Serius? BTW, proses mencari bilik mudah. Kami tinggal di Sri Saujana bersama owner yang baik hati membahasakan dirinya ummi.

Urusan pengangkutan pun mudah. Kak Arfah yang baik hati tumpangkan kami hari-hari. Oh ya. Tugas aku di sekolah juga mudah. Hanya guru relief. Tapi, seriously, that school bagi aku bad impression pada hari pertama. Their students, discipline OUT and even the teachers too.

Eh ha! I even met my old schoolmate. Dia pun guru KGSK kat situ. Tapi dia buat tak kenal aku, jadi aku pun buat-buat tak kenal dia. FAIR. ^^V


P/S: Lupa nak sebut. Adik aku pun dapat jadi guru KGSK di sekolah yang sama dengan aku. Kami mula bertugas 29 April 2013.

No comments:

Post a Comment