Friday 31 May 2013

MAY be GoNE

Selamat pagi cikgu!

Selamat sejahtera cikgu!

Assalammualaikum cikgu! 
-------->>>>>>>>>>>>> Eeeehhhhhhhh coppp! cop! Cikgu nak betulkan. Sikit yang perlu beri salam pada yang ramai. Lagi pun, cikgu yang dari luar masuk kelas kamu kan?

Penghujung kelas, mereka komen, cikgu ni COMEL lah. ^^V

Ok. For the first week menjadi warga pendidik, saya rasa janggal dipanggil cikgu di sana and di sini. In fact, ada time yang saya nak tersasul membahasakan diri 'kakak' dengan para pelajar ni. Aigoooo! 

Dua minggu pertama, saya hanyalah guru RELIEF. Means, tidak memegang mana-mana kelas tertentu. Menjadi guru relief, tugasnya hanya mengawal disiplin pelajar di dalam kelas and membuat aktiviti bersama students. Tiada PnP. Pengajaran and Pembelajaran kot PnP tu. Weh, in fact memula, KGSK tu pun saya tak tahu stand for what. Gila tak prepare diri ni. Mesti korang heran, kalau dah tu, cane saya boleh terjebak menjadi cikgu? Ok. Adik saya yang tolong apply tanpa saya really aware of it. Masa dapat call dari PPD pun BLUR. Nasib kemudian dia mention nama adik saya tu.

Tugas guru relief ni nampak mudah. Sesuai untuk 'warm up' cikgu yang very da green macam saya. RPH pun tak perlu buat. RPH tu lesson plan Bahasa Inggeris nya. Perlu buat sehari sebelum masuk ke kelas. Nama pun plan. Ye mesti in advance. Tapi entah kes teruja ke apa, saya rasa gatal juga nak mengajar. Jadi saya pun mengajar lah. Walaupun, tanpa plan. Ada masa jadi guru matematik, guru agama, guru bahasa inggeris, guru sains..suka hati mak nenek saya je. Tak pasti pun muka confident. Rasa paling kelakar masa cuba mengajar kemahiran hidup bab elektrik. Sumpah saya tak ingat apa dah. Last2 give up. Tukar bab lain. Hue3~~

Saya paling teringin nak mengajar subjek BIOLOGI. Sebab ini subjek kegemaran semasa saya masih bersekolah dulu. Tapi, asyik kena relief lower form aje. Mana ada belajar biologi lagi. And my favourite question sebelum mula kelas, cita-cita mereka. Mostly, girls dah ada goal masing-masing tapi yang boys, hmm masih di alam kanak-kanak. Eh tapi tanya awek, dah ada. Hampeh! Kids nowadays. Haish! Hmm bila saya sudah masuk bidang pendidikan MALAYSIA yang terkini ni, hmm saya mula risau tentang pendidikan yang bakal diberikan kepada anak-anak saya pada masa hadapan nanti. Rasa macam nak sekolahkan anak di rumah je lah!

KENAPA? Entry yang lain kali je lah.

Kehadiran murid sehari selepas rakyat Malaysia yang berkelayakan keluar mengundi.

BUKTI. Saya pergi mengundi!

16 Mei adalah Hari Guru. Semua pun tahu kan? Baru pertama kali menjadi cikgu, saya sudah mendapat peluang dirai dalam sambutan Hari Guru. Sebenarnya kan, tak tahu kenapa, bulu roma saya meremang bila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu-lagu warga pendidik tu. Saya terlalu menghayati lirik mungkin. Sebab saya tak tahu satu pun lagu yang mereka nyanyikan melainkan lagu Negeri Johor dan lagu Negaraku untuk ikut nyanyi bersama. Lagu sekolah pun tak hafal lagi. Hee. Sambutan ala kadar tetapi tetap meriah. Yang penting masa makan, SEDAP. Hehe.

Selepas sambutan Hari Guru, saya pun telah diberikan kelas-kelas tertentu untuk dijaga and dididik. Alhamdulillah. Lower form. Tingkatan dua. Saya suka mengajar pelajar-pelajar yang masih di awal remaja ini. Mereka masih mudah untuk 'dijinakkan' oleh guru muda and tak berpengalaman macam saya ni. Selain itu, mereka CUTE! Ada masa hari saya rasa bahagia sangat kerana para pelajar ini. Mungkinlah, apa yang membahagiakan seorang guru adalah apabila para pelajarnya mahu belajar dan dapat menerima apa yang cuba disampaikan.

Sejujurnya, saya mahu anak-anak ini bukan setakat berjaya dalam pelajaran di sekolah tetapi juga pelajaran kehidupan. Berapa banyak pun 'A' dikumpul dalam peperiksaan bukan penjamin kejayaan dalam kehidupan, dunia mahupun akhirat. Jadi, saya juga cuba mengajar mereka tentang kehidupan sebenar. Walaupun saya sendiri masih naif tentang kehidupan. Saya pandang mereka seperti saya semasa kecil dahulu. Saya pernah berada di situ. Saya berharap menjadi bantuan sebanyak mana yang mungkin untuk mereka. Mereka masih mencari arah. Selamat berjaya anak-anak ku. EH! Feeling plak! ^^V

3 minggu berkerja a.k.a berjauhan dengan parents, saya lost 2kg. 2 hari lepas baru timbang. So, betullah ayah kata saya semakin kurus. Haha. Bukan sebab tak makan. Tapi kurang makan yang merepek-repek kot. Di sekolah tak makan langsung. Kalau makan pun roti dan kuih or buah. Balik kerja baru masak dan makan nasi or mee. Not megi. Saya tak makan megi. Hmm peluang berkerja kali ni betul-betul memberi saya peluang untuk belajar memahami dunia pekerjaan bakal suami, belajar membeli barang dapur and memasak, kan? Hoho. Setakat seminggu pertama cuti sekolah ni pun, sudah 2 jenis kek saya belajar. Kek horlicks kukus dan choc moist. Nyum nyumm. Menjadi tau! Hehe.

Ok cerita pasal my LOVE LIFE plak.

HAFIZ. Nama ni dah familiar belum? Saya panggil dia 'B'. Not hubby, YET. But hubby to be (BtoB). =P

Since saya pun dah berkerja, masa kami berhubung tetap macam tak kurang juga. Cuma masa tidur pada hari berkerja dia tetapkan pukul 12 malam tapi kadang-kadang dia kalah juga dengan saya. Terlajaklah jadi pukul 1 and 2. HAHA. BTW, dia cuma risau fikir saya akan mengantuk sewaktu bertugas je. Tapi, jadi cikgu ni banyak bergerak ke sana sini lah. Kalau datang mengantuk pun sekejap-sekejap saje.

Perkongsian kami makin mendalam. Eh. Jangan fikir yang bukan-bukan. Semua orang rasanya ada perkara terpendam. Konflik dalaman yang mungkin sudah lama disimpan dijeruk direndam. Syukurlah. Ini petanda kami semakin percaya antara satu sama lain. Hafiz ni orangnya perahsia dan pemendam tau. Risau juga saya mula-mula dulu. Tapi sekarang, dia memang semakin terbuka dengan saya ni.

Hafiz ni, romantik juga. Romantiklah. Dia tanya saya bila hari ke-100 kami. Entah mana dia tahu tentang ni. Saya tahu pun dari cerita korea je. Ada apa-apa asal usul ke tentang hari ke-100 ni? Atau hanya suka-suka? Hmm dia masih berhutang 12 kuntum bunga tulip dengan saya. Haha. Sebenarnya saya tak kisah pun. Masa dia tanya saya suka tak diberi bunga? Saya jawap baik bagi pokok bunga. Boleh bela. Bunga berkali-kali.

Another book yang dia hadiahkan buat saya.
Asal nak buat suprise kononnya tapi tak sempat sampai dia dah beritahu saya.

Alhamdulillah sehingga 31 mei ni hubungan kami telah berlangsung dengan baiknya selama 112 hari. Rancangan dia mahu menemukan parents dia dengan saya katanya dulu dalam cuti sekolah ni. Tapi macam tak jadi je ni. Dia botak kepala tadi. Sebab nak menyekatakan (ada ke?) kesan berbekam. Nak jumpa saya pun malu. Heh! Tapi tak tahulah. Cuti sekolah masih ada 9 hari lagi. Kita tunggu dan lihat sajalah. Oh. Saya nebes!

Ok. Almost, the end for MAY. Syukur alhamdulillah atas semua rahmat yang Allah telah pinjamkan buat saya. Semoga berkekalan kebahagiaan dan rasa kecukupan yang telah Allah kurniakan pada saya. Amin. Kawan-kawan kesayangan, tolong doakan Allah permudahkan jalan kami dan percepatkan jodoh kami. Terima kasih. Tak nak berhubungan begini berlama-lama. Huhu.


P/S: Anniversary kami yang ke-100 jatuh pada 19 Mei 2013. Alhamdulillah. ^_^

No comments:

Post a Comment