Thursday 24 October 2013

why I keep leaving my phone

Aku nak tulis post ni sebab aku rasa satu hari nanti dia nak tanya. Kenapa setiap kali dia tak dapat hubungi aku, alasan aku phone tinggal dalam bilik? Macam tak ingat dia je kan? Slumber tinggal tinggal phone neh.

Sejak aku ada dia, aku ada habit keep checking my phone. And honestly, I hate that habit. Dari dulu lagi. Untung aku dah faham sangat jadual dia. Jadi, aku cuma check waktu yang aku tau dia free akan cari aku.

Waktu dia break paling awal pukul 9 ke 10 am. Lepas waktu tu aku akan tinggal phone buat tak tau dalam bilik. Ok. TIPU. Aku ada juga check sampai after 11 am if masih takde panggilan dia, aku tau dia SIBUK.

Waktu free dia yang seterusnya memang lepas dia balik sekolah lah. Around 1.30 sampai 2 pm. Selalu aku tunggu sampai 2.30 pm. If takde juga panggilan dia, aku akan call. But depends, if memang dari pagi dia tak cari aku, I'll grudgingly leave the phone atas katil tu!

Then, lewat macam mana pun dia memang akan cari aku. Tapi tengoklah pada mood aku nak jawab panggilan tu. If aku dah panas hati tunggu, aku akan buat tak tahu. Aku tak kan terus return call or reply sms dia tu.

"Ina, he's tired enough. Stop pulling his legs!" Nasihat aku kat diri sendiri.

Bab tunggu tunggu ni, aku memang nak ajar dia dari sebelum kahwin ni. Sibuk macam mana pun jangan lupa ada aku yang selalu tunggu kepulangan dia. Aku perhati, ada suami yang tak tahu nak inform isteri bila pulang lewat.

Haa lagi sedihkan, dah la seharian tunggu suami. Siap tak makan makan. Sebab nak makan bersama suami kan. Suami pulang dah lewat, siap perut dah kenyang. Memang cara. Telefon isteri suruh makan dulu tak boleh ke? Derrr!

Ok. Benda dah jadi. Tak boleh nak gostan lagi dah. So, suami, if dah tersilap macam tu. Duduklah teman isteri makan. Jangan terus nak pergi rehat ke mandi ke tidur ke. Fikirlah perasaan isteri yang dah seharian tunggu awak tu.

Sebelum kahwin perhatian awak kat dia tak kureng tahap tu kan?

Tuesday 22 October 2013

my bliss list

Hari tu aku baca RD ada artikel pasal bliss list ni. Yang aku faham pasal bliss list ni list out your target to be focus and making changes for your life in order to be more happy. Yang aku faham gitu ler. Siap buat bliss board lagi bagus. Then, aku teringat, macam saranan sorang kaunselor ni..doktor muhaya kot, always imagine what you want then ia akan jadi ingatan bawah sedar and tanpa sedar you will moving towards it.

Eh aku memang percaya pada kuasa minda bawah sedar ni. Bukan ke kajian mengatakan manusia normally cuma guna tak sampai 10% dari otak dia. Itu pun dah macam-macam imaginasi and invention manusia. Ce imagine if we use 100%? Aku nak belajar hipnosis la. Hehe. Dari apa yang aku pernah baca, setiap apa yang dilihat, dirasa and didengari dari kita lahir sampai kita mati, never gone. Ia tersimpan dalam lipatan otak kita dengan baiknya.

Hishhh kan ke seronok selongkar kotak memori orang. Kui3

Hmmm dari apa yang aku pernah baca jugak, kemungkinan buku catatan yang akan diserah pada kita nanti tu, adalah lipatan kulit otak kita sendiri. Hee. Ngeri plak. Aku ada jugak ingatan yang aku harap lupus selamanya. Aku benci gila memori tu! Ya Allah, tutupkan lah keaiban ku di dunia juga akhirat. Huhu. Jangan buka aib orang lain tau, kalau tak nak aib kita juga dibuka!

Oke. Back to cite bliss list. Tadi aku cuba la buat bliss list aku sendiri.

1. Solat Dhuha setiap hari.
2. Solat Witir setiap malam.
3. Bersedekah setiap Jumaat.
4. Berpuasa setiap Isnin and Khamis.
5. Sentiasa berbaik sangka.
6. Sentiasa berfikiran positif and bersih.
7. Bite my tougue whenever my ego risen up!

Boleh dak semua ni jadi bliss list? Bole kan bole kan. Hehe.

Sunday 20 October 2013

the things dat I miss

Since aku berstatus not single mingle ni, I do misses couple of things time solo solo men. Contohnya,

1. Aku tak bole dah nak puji sebarang sebarang lelaki. Biasa artis lelaki la. Zaman zaman aku duk saje saje berdrama kata hyun sik boipren aku memang takde dah la. Ko bayang kalau time ni tunang aku berdrama kata nealoofa awek dia? Tak ke haru nak PERANG SARAF dengan aku?

2. Sebelum aku ada tunang aku ni, aku ada 2 orang lelaki yang aku rapat yang aku dah anggap macam abang sendiri. Sometimes I do misses them. Tapi aku tak boleh dah suka suka kata aku rindu kat diaorang. Walau encik tunang mungkin akan kata dia faham, tapi aku tak nak jadikan kebiasaan. Biar lah dia rasa aku ni privillage dia sorang.

3. Ada masa aku rindu nak pergi mana mana bila bila masa suka suka hati aku tanpa perlu beritahu sape sape pun. Just pack my bag, wear my shoes n get my key. Ceh berangan! Tang key tu la. Aku ni transport utama bus awam je. Haha.

Paling aku rindu yang nombor 3 kot. Sebab travel alone itu menyeronokkan. Tapi, walaupun benda benda ni ada masa aku rindu, kewujudan dia dalam hidup aku lagi besar makna dari semua ni. So I dont mind and aku tak kan ubah ia walau apa pun ditawarkan dunia. Perghh ayat! Hehe.

Encik tunang adalah kawan terbaik yang aku miliki. And kawan terbaik tu bukan senang nak cari. Jadi apalah sangat dengan 3 perkara di atas kan. Encik tunang bila dah jadi suami, puji dia dapat pahala. Pandang dia dapat pahala. Rindu dia dapat pahala. Manja dengan dia pun dapat pahala. Jadi belajar belajar lah dari sekarang hanya pandang dia seorang. ^^,


P/S: Happy birthday mama! ^^

Friday 18 October 2013

merapu jer

Jari jemari aku kegatalan hendak mengarang untuk meluahkan sesuatu yang terasa rasa dalam hati ku. Tetapi, apakah rasa itu?

Tak tahu hujung dan pangkal.

Baiklah. Hidup aku terlalu damai kebelakangan ini kan? Bukan nak kata hidup aku sebelum ini bagai neraka. Memang aku budak yang bahagia.

BUDAK.

Aku masih mentah kerenah dunia. Hidup sentiasa dimanja. Ke mana mana akan ada yang menjaga. Mudah hidup aku kan?

Tapi, tiada perkara yang percuma. Berapa harga perlu dibayar?

Cuba optimis. Tapi aku masih khuatir.

Hidup di dunia sudah dikata pentas ujian ke syurga...atau neraka.

Perintah mudah pun aku gagal tunaikan. Aurat tak semengah aku tutupkan. Solat tak khusyuk aku kerjakan. Taat ibu bapa tak begitu aku turutkan.

Lalu apa cagaran yang telah aku tunaikan?

Allah Maha Pemurah. Terbukti sudah.

Thursday 10 October 2013

my september

10 hari dah habis September. Makanya tinggal 49 hari lagi aku nak jadi isteri orang. Hee.

Cerita pasal birthday aku dulu la! Hehe. Tahun ni palinnngggg best cukup umor menua neh. Sebab...yah, dalam hidup aku dah bertambah seorang lagi insan yang bermakna buat hidup aku. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terima kasih sudi pinjamkan insan istimewa ini untuk hidup ku ya Allah.

Nak cerita pasal dia la. He always make me feel soooo special. He keep turning my small matter become big matter and putting my silly wide smily on my face quite often. Nah at the first place what making he fall for me is my SMILE. So may be, he will be doing it for the rest of my life. Oh MY!

Hmmm I always wonder how come he can love me that much? I feel it hoke. Oh I don't know how much and he's telling me I even will never know. Yes. He is a hopeless romantic but yet he don't even know. Bila aku kata dia romantik, he replied "itu romantik ke?" Hehe. Oh my B! See, what you give, you get back. Got what I mean? ;)

Dia memang sangat pandai ambil and jaga hati aku ni. Bukan perlu buat perkara besar, sometimes the small small thing yang even I, tuan badan sendiri pon not give a damn care but he's paying attention so well on that and take care of it. And the most important, dia sangat suka dengar aku mencecer. Cute kata dia. =='

Itu penting. Sebab aku ni jenis suka bercerita dengan orang yang aku rapat. Sume benda pun aku cerita walau cerita yang macam mengarut je dari buku-buku cerita aku. Sabar je lah. Tapi dia terhibur je. Hehe. And dia sangat supportive dengan minat aku yang suka membaca. Since aku dah bersama dia, dia je yang belikan aku buku. Haha.

Haaa aku sedang sangat tak sabar menunggu isnin yang mendatang nih. Dia nak bagi surprise. Surprise la sangat. Kelemahan aku ngan dia ni sama je. Kiteorang sama-sama tak boleh berahsia. Hehe. Dia kata belikan aku buku CA yang sekian lama ku cari itu. Aku nak cover putih tapi takde. Dia cari pun tak jumpa. But he did something about it.

Apa agaknya? Itu je ler suprise yang tinggal. Hoho.

Hadiah hari lahir dari dia, remake subang yang ayah beri masa birthday aku yang ke-18. Sengaja aku minta itu. Sebab dua-dua lelaki ni pun special and important pada aku. Aku ni jenis tak reti pakai barang kemas berganti-ganti. Cukuplah satu for each. Sekarang tinggal loket. Anniversary lah aku mintak rantai! =P

Tutuplah cerita pasal birthday aku, aku and dia.

Sepanjang bulan September ni aku cuma sibuk urus pasal majlis kahwin kami ni je la. Baju dah siap jahit. Alhamdulillah. Upah jahit tak mahal pun. And then terus pos ke Perlis untuk beading. Aku pilih dia ni sebab aku tau dia solat. Aku mesej dia waktu maghrib. Kebetulan aku ni cuti. Redah je waktu kan. Dah orang tu minta diri nak solat. Hehe.

Kat rumah persiapan untuk kenduri pun ayah dah mula beli yang mana boleh simpan dari sekarang. Yelah. Kang tah pape nak naik harga lagi. Hadoihaii. Basically, takde pe sangat pun nak urus kot. Nak jamu orang makan je kan. Sedia bahan-bahan untuk bagi orang makan je la. Ikut hati, goodies pun tak perlu beri. Haha.

Oh kursus kahwin kami pergi pada 14-15 September. Kat pejabat kadi Batu Pahat. Haa kursus ni memang bagus tapi aku hairan kenapa tak boleh pejabat agama buat free je? Bukan memang kerja diaorang ke? Aku rasa perkahwinan ni selain masyarakat yang suka menyusahkan, kerajaan pun sama ada saham juga.

Ok la. Ni je kot cerita September aku. Everything still running smoothly. Alhamdulillah. Aku pun takde sindrom takut nak kahwin. Dingin dingin dengan tunang ke tetiba ragu nak kahwin ke. Takde. Takde. Lek je aku ngan encik tunang ni. Siap berkira. Lambat gila. Ikut hati dia nak ajak kahwin sekarang je. HAHA.