Tuesday 22 October 2013

my bliss list

Hari tu aku baca RD ada artikel pasal bliss list ni. Yang aku faham pasal bliss list ni list out your target to be focus and making changes for your life in order to be more happy. Yang aku faham gitu ler. Siap buat bliss board lagi bagus. Then, aku teringat, macam saranan sorang kaunselor ni..doktor muhaya kot, always imagine what you want then ia akan jadi ingatan bawah sedar and tanpa sedar you will moving towards it.

Eh aku memang percaya pada kuasa minda bawah sedar ni. Bukan ke kajian mengatakan manusia normally cuma guna tak sampai 10% dari otak dia. Itu pun dah macam-macam imaginasi and invention manusia. Ce imagine if we use 100%? Aku nak belajar hipnosis la. Hehe. Dari apa yang aku pernah baca, setiap apa yang dilihat, dirasa and didengari dari kita lahir sampai kita mati, never gone. Ia tersimpan dalam lipatan otak kita dengan baiknya.

Hishhh kan ke seronok selongkar kotak memori orang. Kui3

Hmmm dari apa yang aku pernah baca jugak, kemungkinan buku catatan yang akan diserah pada kita nanti tu, adalah lipatan kulit otak kita sendiri. Hee. Ngeri plak. Aku ada jugak ingatan yang aku harap lupus selamanya. Aku benci gila memori tu! Ya Allah, tutupkan lah keaiban ku di dunia juga akhirat. Huhu. Jangan buka aib orang lain tau, kalau tak nak aib kita juga dibuka!

Oke. Back to cite bliss list. Tadi aku cuba la buat bliss list aku sendiri.

1. Solat Dhuha setiap hari.
2. Solat Witir setiap malam.
3. Bersedekah setiap Jumaat.
4. Berpuasa setiap Isnin and Khamis.
5. Sentiasa berbaik sangka.
6. Sentiasa berfikiran positif and bersih.
7. Bite my tougue whenever my ego risen up!

Boleh dak semua ni jadi bliss list? Bole kan bole kan. Hehe.

No comments:

Post a Comment