Thursday 10 October 2013

my september

10 hari dah habis September. Makanya tinggal 49 hari lagi aku nak jadi isteri orang. Hee.

Cerita pasal birthday aku dulu la! Hehe. Tahun ni palinnngggg best cukup umor menua neh. Sebab...yah, dalam hidup aku dah bertambah seorang lagi insan yang bermakna buat hidup aku. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terima kasih sudi pinjamkan insan istimewa ini untuk hidup ku ya Allah.

Nak cerita pasal dia la. He always make me feel soooo special. He keep turning my small matter become big matter and putting my silly wide smily on my face quite often. Nah at the first place what making he fall for me is my SMILE. So may be, he will be doing it for the rest of my life. Oh MY!

Hmmm I always wonder how come he can love me that much? I feel it hoke. Oh I don't know how much and he's telling me I even will never know. Yes. He is a hopeless romantic but yet he don't even know. Bila aku kata dia romantik, he replied "itu romantik ke?" Hehe. Oh my B! See, what you give, you get back. Got what I mean? ;)

Dia memang sangat pandai ambil and jaga hati aku ni. Bukan perlu buat perkara besar, sometimes the small small thing yang even I, tuan badan sendiri pon not give a damn care but he's paying attention so well on that and take care of it. And the most important, dia sangat suka dengar aku mencecer. Cute kata dia. =='

Itu penting. Sebab aku ni jenis suka bercerita dengan orang yang aku rapat. Sume benda pun aku cerita walau cerita yang macam mengarut je dari buku-buku cerita aku. Sabar je lah. Tapi dia terhibur je. Hehe. And dia sangat supportive dengan minat aku yang suka membaca. Since aku dah bersama dia, dia je yang belikan aku buku. Haha.

Haaa aku sedang sangat tak sabar menunggu isnin yang mendatang nih. Dia nak bagi surprise. Surprise la sangat. Kelemahan aku ngan dia ni sama je. Kiteorang sama-sama tak boleh berahsia. Hehe. Dia kata belikan aku buku CA yang sekian lama ku cari itu. Aku nak cover putih tapi takde. Dia cari pun tak jumpa. But he did something about it.

Apa agaknya? Itu je ler suprise yang tinggal. Hoho.

Hadiah hari lahir dari dia, remake subang yang ayah beri masa birthday aku yang ke-18. Sengaja aku minta itu. Sebab dua-dua lelaki ni pun special and important pada aku. Aku ni jenis tak reti pakai barang kemas berganti-ganti. Cukuplah satu for each. Sekarang tinggal loket. Anniversary lah aku mintak rantai! =P

Tutuplah cerita pasal birthday aku, aku and dia.

Sepanjang bulan September ni aku cuma sibuk urus pasal majlis kahwin kami ni je la. Baju dah siap jahit. Alhamdulillah. Upah jahit tak mahal pun. And then terus pos ke Perlis untuk beading. Aku pilih dia ni sebab aku tau dia solat. Aku mesej dia waktu maghrib. Kebetulan aku ni cuti. Redah je waktu kan. Dah orang tu minta diri nak solat. Hehe.

Kat rumah persiapan untuk kenduri pun ayah dah mula beli yang mana boleh simpan dari sekarang. Yelah. Kang tah pape nak naik harga lagi. Hadoihaii. Basically, takde pe sangat pun nak urus kot. Nak jamu orang makan je kan. Sedia bahan-bahan untuk bagi orang makan je la. Ikut hati, goodies pun tak perlu beri. Haha.

Oh kursus kahwin kami pergi pada 14-15 September. Kat pejabat kadi Batu Pahat. Haa kursus ni memang bagus tapi aku hairan kenapa tak boleh pejabat agama buat free je? Bukan memang kerja diaorang ke? Aku rasa perkahwinan ni selain masyarakat yang suka menyusahkan, kerajaan pun sama ada saham juga.

Ok la. Ni je kot cerita September aku. Everything still running smoothly. Alhamdulillah. Aku pun takde sindrom takut nak kahwin. Dingin dingin dengan tunang ke tetiba ragu nak kahwin ke. Takde. Takde. Lek je aku ngan encik tunang ni. Siap berkira. Lambat gila. Ikut hati dia nak ajak kahwin sekarang je. HAHA.

No comments:

Post a Comment