Saturday 23 August 2014

saya sayang suami saya... :'(

Apa kejadahnya berjurai-jurai air mata aku baca kisah waris MH17, isteri si pembantu juruterbang yang ditulis oleh sahabatnya itu pagi ni. Aku sayang suami aku weh. Tengok suami p kerja naik motor pun aku dah rasa nak nangis. Emosi ibu mengandung ni memang tak stabil ke hape? Kalau suami aku tu pilot mesti sekarang ni jugak aku dah suruh dia berhenti kerja agaknya. Tak rasional sungguh fikiran. YA. Aku tahu ajal ada dimana-mana. Huhu.

Tiba-tiba 'hilang' suami. Ya Allah...

Aku tak tahu adakah aku akan begitu tabah. Aku dah nak 9 bulan siang malam hidup ada dia. Setiap malam sebelum tidur ada ciuman dia. Bangun tidur pun sama. Terjaga tengah malam tubuh dia yang aku cari jadi bantal. Solat hampir 5 waktu hari-hari diimamkan dia. Makan kadang disuap dia. Tangan sentiasa dalam genggaman dia bila dalam kereta. Aku suka dia cakap-cakap and cium baby yang dalam perut ni. Aku rasa bahagia tengok dia makan masakan aku dengan seleranya.

YA. Aku ada suami and aku sayang gila kat dia!

Setiap pengorbanan yang dia buat sebagai seorang suami and bakal bapa sentiasa buat aku ingat pada ayah aku. Beginilah agaknya perasaan mak aku yang sudah hampir 30 tahun bertahan hidup dengan ayah aku yang macam tu tu masa ayah di ambang maut dulu. Tapi, mak aku tabah masa tu. Setitik pun air mata dia tak mengalir depan anak-anaknya. Yang aku pernah nampak kerana mencuri lihat saat mak aku bersendirian mengadu pada nenda ku di Johor waktu itu.

SEE. Sebagai anak, dah bangka macam mana pun, bahu seorang mak juga yang sentiasa diperlukan.

Ayah, emak, suami..adik-beradik dan semua insan yang aku sayangi dalam hidup ini sememangnya pinjaman. Pinjaman terbaik yang Allah beri pada aku. Walau aku sentiasa mahu bersedia menghadapi setiap kehilangan tetapi...hakikatnya bila sampai masa memang takkan pernah bersedia kan? Rapuh betul hati seorang manusia ni untuk menyimpan secebis iman. Baru secebis dowh! Hakikatnya, menghadapi ajal sendiri pun memang takkan pernah sedia kot. Huu..

Mengandung ni...selalu mengingatkan aku pada mati. Walaupun tak ramai, tapi memang ada risiko kematian saat melahirkan kan? Aku dah terfikir insan-insan yang aku mungkin tinggalkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi ni. Aku tak risau sangat yang bangka-bangka ni. Sampai masa berterusanlah hidupnya tetapi anak kecil yang mungkin aku tinggalkan. Siapa yang terbaik untuk menjaga dia? Bukan aku tak percaya pada keupayaan suami aku tapi aku khuatir susah untuk dia teruskan hidup dia nanti.

Kalau fikir secara mementingkan diri, memang aku tak nak suami aku kahwin lagi kalau aku mati supaya dia boleh tumpu perhatian sepenuhnya untuk menjaga anak kami yang aku tinggalkan. Aku tak percaya perempuan lain yang ber'tittle' mak tiri untuk mengasuh anak aku ni. Lebih baik suami aku serah pada mak ayah aku untuk dijaga kalau macam tu. OK. Suami aku mesti marah kalau dia tahu aku ada berfikiran macam sekarang ni. 

Ye lah. Bergantung pada manusia, manusia akan mati. Allah jua yang kekal selamanya.

Hmmm..tarik nafas ina. Hembus and kesat air mata tu. Insyaallah. Allah tidak membebankan hambaNya dengan apa yang tidak mampu dipikul. Setiap apa yang diluar kawalan kita, akan ada Allah sentiasa untuk menjaga urusannya. Begitu jugalah dengan kesihatan and keselamatan setiap insan yang kita sayang. Sentiasa berdoa meminta pada Dia semoga dipermudahkan sentiasa urusan dunia dan akhirat kita. Insyaallah. Insyaallah. INSYAALLAH. Amin.



P/S: Ni pinjam Berita Harian punya gambar. Sebak aku tengok dia nangis masa tu sambil dukung anak kawan dia tu. Spontan aku tanya suami aku yang tengah menyuap nasi ke mulut.."b, b ada tak kawan yang boleh b nangis bila dia mati?" Somi aku jawap..."Sayang la..." Uwaaaa lagi rasa nak nangis aku!!!

No comments:

Post a Comment