Thursday 21 August 2014

poO Li Gami

Ntah kenape tah aku nak tulis topik ni. Tapi macam ada sesuatu lah yang aku nak cakap topik SENTAP perempuan ni. Hee..

Sejak aku sudah ada pengalaman punyai seorang suami dan pengalaman mengandungkan anak sulung ku ini..aku semakin faham kenapa poligami itu Allah HALALkan buat si lelaki. Dari dulu pun aku memang tidak pernah membantah pada poligami kerana aku fikir itu dari Allah. Siapa aku nak menentang apa yang Allah telah tetapkan? Lagipun, Allah tidak memberi ia dengan mudah untuk seseorang lelaki itu. Maka, ADIL. Cuma manusia ni jer yang TAK NAK faham.

Jadi, aku pun bukan lah jenis perempuan yang kerana TERPAKSA aku relakan. Sorry brother. Lelaki jika benar faham betapa besar tanggungjawabnya terhadap seorang perempuan bernama isteri, nak kahwin sorang pon patut fikir berkali-kali. Memiliki seorang isteri bukan perkara main-main. Yang bukan hanya untuk sedap badan and mata je jang! Ahhh aku hairan dengan suami yang mudah mendua tigakan isteri. Mungkin isteri-isterinya persis malaikat KOT?

Baiklah, balik pada landasan. Fitrah tubuh wanita ni banyak batasan. Tapi sebagai seorang isteri memang melayan suami satu-satunya tugasan utama terhadap suami. Period seminggu pun suami dah tak tahan. Faham kan? Bagi yang dah bersuami mesti faham. Lagi kan bila berpantang lepas bersalin. Aku belum tempuh lagi waktu ni. Akan datang. Tah macam mana aku nak tepis godaan suami nanti. Hati perempuan ni lembut. Betul sayang suami, mesti rasa kesian.

Tapi tak payah tunggu masa berpantang. Masa mengandung ni pun, kalau boleh nak 'cuti' 9 bulan. Mungkin kerana badan tak begitu selesa, nafsunya kurang. Jika melayan pun, hanya nak melepas tanggungjawab. Ini pengalaman aku sendiri. Bersyukurlah suami jenis yang memahami. Tapi, kita pun kena faham suami. Fitrah mereka memang Allah cipta BEGITU. Disebabkan kadang-kadang aku rasa gagal melayan suami, memang terlintas rasionalnya poligami yang Allah HALALkan ini. 

Cumanya, kan elok jika suami yang benar-benar sayangkan isterinya, dalam keadaan isteri yang tak berkemampuan begini, belajar mengawal nafsunya semula seperti sebelum dia punyai isteri? Poligami ni walau akan ada perempuan yang berkata setuju, dalam hati hanya Allah yang tahu betapa terluka dan pedihnya hati. Susah nak ikhlas ni. Lagi lagi  pada takdir yang masih ada pilihan macam ni. Setakat seminggu, sebulan, apa lah sangat yang perlu dikorbankan nak banding sembilan bulan isteri menanggung zuriat KAN?

Belum kira sakit saat melahirkan dan juga datang bulan.

Bukan mahu berkira atau mencari alasan untuk menghalang seorang suami berpoligami. Cuma berfikirlah jika suami di tempat seorang isteri? Jika perkahwinan yang dilaksanakan hanya untuk melampias nafsu pasti ini sukar. KASIHAN. Tak faham tujuan perkahwinan. Tapi, tak banyak kot suami yang mahu berpoligami hanya kerana semata-mata isteri yang tak mampu melayan saat berpantang dan datang bulan. Alhamdulillah. Masih ramai lagi rasanya lelaki beriman.

Ini kisah dilema isteri mengandung. Tak serius sangat. Cuma belajar memahami fitrah lelaki sahaja.

Kisah dilema isteri yang belum mampu melahirkan seorang zuriat pula. Bab melahirkan seorang zuriat melibatkan dua pihak kot. Tapi ironinya, pihak isteri sahaja yang sering dipersalahkan. Sedangkan, secara umumnya lah, perempuan ni lebih teliti dalam bab penjagaan kesihatan diri kot. Jika telah sahih, memang pihak isteri yang bermasalah, tanggungjawab suami lah mencarikan rawatan. Dunia perubatan dah moden dah. Macam-macam cara ada sekarang. 

Baik "BAZIRkan" duit merawat isteri dari melabur pada perempuan lain yang belum ada apa hak pun atas kita dan kita pun begitu juga atas dia. TAKDE pahala pon! Tapi, bak kata suami aku, orang tengah angau tak fikir semua tu. Haish nampak tak kenapa memilih lelaki beriman sebagai suami berada di tangga teratas? Allah tak pernah kata dari perkahwinan dijanjikan zuriat tetapi REZKI. Dan rezki itu bukan sahaja dalam bentuk seorang anak. Malah dalam bentuk pasangan yang baik yang mampu membawa kita ke syurga bersamanya!

Titiklah. Agak terluah sudah.

No comments:

Post a Comment