Thursday 5 September 2013

aku dan tisu

Lagi 84 hari oiiiii. Baju pengantin pun tak setel setel lagi. Memang nan hado la aku ni eh. 3 hari berturut kain hunting takdok hasil! Huhu.. last last hari ni demam selsema. Adoyai. Kifarah dosa la kot. Banyak sangat songeh. Ngeh ngeh.

Nak buat macam mana. Nak simple tapi nak cantik juga. Budget pun kena la kira-kira. Nak pilih fabrik nak pilih warna nak pilih design nak cari tailor. Adohyaiii. Nape tak sewa dengan bridal je ye? Baju bridal sume out of my taste.

Kita ni dah lah majlis simple. Tetiba baju over macam tak kena. Bukan takde yang nak sponsor tapi kita nak demand nanti orang tak suka. Takpe lah. Jadi kita susah susah sendiri sikitlah. Yang penting hati sendiri puas.

Esok last hunting ni. Macam mana pun mesti kena jumpa. Jakel la tempat pemburuannya. Boleh tahan gak rege rege kain ni. Nak murah hado tapi kualiti kurang tak mahu juga kan. Baiklah mak encik. Tawakal saja ni.

Insyaallah. Allah bagi jalan. Kita dah niat mahu berpakaian yang diredhai Tuhan kan? ;)

Baju nikah encik Tunang dah beli kan baju kurung moden putih beading goldie goldie gitu. Ini tudungnya dah setel tapi shawl pengantin biasa la jarang. Jadi, kenalah cari inner nak cover. Mak asyik suruh pakai veil. Aku pening dah mana veil nak matching.

Adei. Kira baju nikah pun blom setel, kan?

Baju walimah plak. Untuk walimah sebelah aku, dari awal dah pilih warna purple. Ni warna gurlish yang encik Tunang setuju. Guggling punya guggling ak jumpa design baju ni. Simple but nice and sweet pada aku.

Untuk walimah sebelah pihak lelaki, aku dah cuba cari warna kegemaran dia. Dia suka warna biru. Tapi pegang biru ini, biru kain sekolah menengah. Biru itu biru BN plak. Dah jumpa silver yang agak bluish tak cukup meter plak dah. Hadoiii!

Memang takde rezki nak berbaju biru kottt!

Maka, esok kena pertimbang-timbang warna lain. Encik Tunang ada sebut warna hijau. Hmmm tengoklah esok mana ku capai. Yang warna purple ni dah serah pada my bestie  yang cari. Hadiah kawen dia kata. Alhamdulillah.

Ohhhh selsema. Lekaslah baik. Aku nak putus sahabat dengan tisu. Wuwuwuuu

No comments:

Post a Comment