Saturday 31 August 2013

yeayyyyy abeh da ogoshh!!

Bulan Ogos ni aku rasa LAMA! Macam-macam dah event berlalu dalam hidup aku, tak habis-habis lagi Ogos neh. OK. Modal nak kena gelak dengan encik Tunang. Dulu dia kata 3 bulan tu lama, aku kata sekejap je la! TAPI, lepas habis je majlis bertunang, aku rasa...LAMANYA!

ADEH!

Hmm..serba sedikit jamuan mata sepanjang bulan Ogos. Lets da piccas talk la hoe?







Ok. Nak bercakap jugak. HAHA. 2 Ogos 2013 tamatlah tugas saya sebagai guru. Seronok jadi guru and seronok jadi guru kelas 2RKIS. Macam-macam karakter budak-budak ni. Antara semua kelas yang multi-racial yang saya ajar, kelas 2RKIS ni la paling bagus. Saya suka mereka. Saya sayang mereka. Hmmm masih bertimbang-timbang nak add facebook ke idok budak-budak ni? Adei!

Saya bukannya apa. Promise is a PROMISE. Sebagai seorang adult, saya kena tunjuk contoh tauladan yang baik. Apa yang saya tahu, budak-budak ni masih lurus. (Hmm ke aku ni yang lurus?). Ok. Saya selalu percaya apa yang orang cakapkan pada saya. Bila seseorang kata mereka akan call saya (contoh), saya memang tunggu orang tu call.

But apa yang selalu jadi, tu cuma ayat bunga-bunga. Tak ada makna. Alasan nanti kata, LUPA.

Hampa rasa. So, budak-budak ni dah buat saya mengangguk iya bila mereka berkali-kali minta saya add facebook mereka. Bila baca semula nota-nota mereka, surat mereka, kad-kad mereka..mereka asyik minta saya jangan lupakan mereka. So, HOW? Saya nak beri tanda saya tak lupa mereka ni? Through FB? Tapi fb saya tu saya rasa hak privasi saya. Hmmm....

Ah nantilah fikir! Hehe.

Kemudian, RAYYYAAAAA!! First time ni beraya di alamat rumah mak ayah ni sendiri sejak pindak duduk sini 17 tahun yang lepas. Sebelum ni, every year balik Kedah. Tapi sejak 2 tahun terakhir ni beraya di Johor. Cuma tahun lepas malam raya dah sampai rumah nenek tapi tahun ni pagi raya baru pergi rumah nenek di Johor ni. Seronok weh raya kat rumah sendiri. Tak penat. Haha.




Lepas raya, saya pun bertunang. Ni dah cite dalam entry yang lepas. Lepas dah jadi Cik Tunang ni, saya cuba gak mencari-cari rasa lain ke jadi tunang orang ni? Eerrr..rasa sama je. Tak rasa pape pun. Tanya Encik Tunang pun dia kata sama. Tapi, betullah, bertunang tu bukan apa-apa. Bak kata ayah bukan lesen macam orang dah bernikah ye! Haa

Jadi, memang lah tak ada beza. Cuma yalor. Orang lain tak boleh dah lah cuba try line saya. Ada yang confirm booking dah. Ni yang baru dikata single but not available neh. Tapi, sejak dah bertunang ni, menjadi-jadi pulak EX Encik Tunang mencari beliau. (adakah nada cemburu di situ?). Saya kena buat apa ek? Buat tak tahu je la kan kan kan?

Pokok kata, kalau memang dah jodoh kami, tak ke mana kan? INSYAALLAH.

Apa-apa hal pun, alhamdulillah dah 15 hari kami bertunang. Kad dah tempah. Goodies half dah selesai. Tinggal kursus kawen, baju-baju pengantin and jamuan makan, secara ringkasnya. And hari ni juga hari Malaysia merdeka yang ke-56. Alhamdulillah. Duk bertelagah bertelagah pun politikus politikus ni, masih orang Malaysia muslim yang memerintah.

Ok buhbye. Habeh dah cerita Ogosh. 


P/S: Petang ni mungkin nak p butik pengantin Pelangi Biru sedara bau-bau tempoyak katanya. Hoho.

No comments:

Post a Comment