Thursday 15 August 2013

pre-wed blues

Seminggu ni kan kan kan..aku ni macam moody semacam. Asik asik nak sentap je. Aku sendiri pun heran tau. Yang jadi mangsa B aku ah. Weh aku bukan PMS. Confirm! Aku tak tau ah pe yang kacau bilau dalam otak, hati, saraf aku ni.

Contoh kan kan kan..dia ngantuk, dia penat, (dah tahu ngantuk, dah tahu penat..masih nak call aku) sibuk cari aku. Aku bila dah bercakap dengan dia, aku nya ngantuk, aku nya penat entah ke mana. Jadi bila dia on call pun tapi macam on bed je, sakit plak hati kite.

Aku pun, okBAI!

Haa kan dah sentap lettew. Selalu pandai je aku buat dia undur diri tanpa rasa berdosa kat aku ni. Kesian seyy dia. Nasib la bakal somi ni sayang sangat kot kat aku, sabo je ler. Call aku balik. Segar plak sorenye. Terkejut aku sontap kot.

Serius cakap, aku ni bukan perempuan yang skit skit nak merajuk. Gila baik kot haku.

Wat mende la merajuk. Pehtu aku yang rasa bersalah. Aku balik gak kat dia. Dia baru pujuk skit dah sengih. Nak gelak pun ada. Dia treat aku cam budak kecik melalak nak gula-gula. Adei. Apa pun tak boleh. Seee..aku ni memang sangat baik kan? ;0

Dah tu semalam, dia slow talk dengan aku. Aku yang awal-awal pun tak tahu pe masalah aku, last-last sedar what is wrong with me lah. Aku ni macam sindrom takut nak kahwin. HAHAHA. Ada ke sindrom ni? Aku start macam ni sejak ramai yang mula tahu majlis aku.

Aku runsing apa ek?
Aku takut apa ek?
EEEKK?? Grrrr

Aku nya majlis ni asal nak SIMPLE asal nak SEMPOI asal nak UNDERGROUND je, macam ke pluto. Hari raya pertama masa bermaaf-maafan dengan sanak saudara, ayah pun menyampai le kabo jemputan ke rumah raya yang ke-10. Jemput makan je pun takde suruh urus majlis neh.

Terus pakcik makcik aku meeting sesama diaorang. Meeting tergempar. Adei. Raya ke-4 panggil kami balik kampung lagi. Meeting dengan tuan rumah pula. Hasil meeting, yer..aku ni anak sulung, cucu perempuan sulung, anak sedara sulung, tak boleh cincai cincai. Biar simple tapi CUN.

Nasib, aku dengan dia dah tukar plan, ada kan la skit bakul hantaran-hantaran tu. Asalnya aku suruh dia bawak cincin je tau. Ayah aku pun kata datang macam sedara datang beraya sudah lah. Memang la aku tak stanby pe. Bilik tidur pun aku takde nak buat pe. Pinjam bilik mak sudah. Pakai pe cadar yang hado.

Make up pun sendiri ni. Alah conteng eye liner ngan bedak, ingat aku tak reti ke?

Hmm bakul hantaran aku ni gila sempoi. Aku tak reti gubah-gubah ni. Aku campak je barang masuk ke bakul neh. Kang diaorang tengok, ada plak lagi nak diubah neh? Errr. Ni baru nak bertunang. Belum majlis nikah. Alahai. Haa sponsor la beramai-ramai. Kecik tapak tangan, padang golf aku tadahkan. Alhamdulillah.

Oleh kerana mereka macam nak buat majlis yang macam ramai je yang hadir, aku pun mula lah memilih-milih kawan yang nak dijemput hadir. Tapi macam sorang pun tak dapat nak datang, selain Acah yang memang dari awal dah booking temujanji ni.

Jadi, nak rahsia pun tak rahsia juga. Lupa member ada yang kepochi. Yela berita baik aku nak bertunang kan kan kan? Ayer Hitam ni bukan besor mana. Mungkin aku moody sebab rasa tak selesa juga. Rasa macam semua orang bercakap pasal aku je. Perahsantan!

Lagi kan..yang macam mengucar-ngacirkan emosi aku kan kan kan, family aku. Asal diaorang mula buat macam aku dah takde ha? Diaorang memang sibuk urus majlis aku tapi pape hal lain nak consult dengan aku memang takde. Heran tau. Terasa tau. HUHU.

Contoh kan; baru-baru ni adik lelaki aku nak beli motor. Sape pun takde cerita dengan aku. Tahu-tahu dah beli motor. Contoh lain lagi; adik perempuan aku ni nak jual kuih raya. Nak guna pakai la ilmu pastry dia. Dia consult dengan kakak dia yang lagi sorang tu je. Dengan aku skit pun tak cerita.

Seee..ni baru contoh adik-adik. Contoh mak ayah aku, lately memang diaorang semuanya sekarang, pape pun consult dengan adik yang bawah aku ni. Urusan bank ke, ni beli motor adik ni, even pandangan tentang nak urus majlis aku ni pun, sume consult dengan dia. Aku ni NA.

Aku rasa terSISIH, rasa terPINGGIR, rasa terBUANG. Uwaaaaaa!!!

Titik.





OK. Sambung balik. Bakal encik suami dah pujuk saya. Saya ni sensitif sangat ni. Fikir banyak sangat ni. Takut benda yang tah pape ni. Tadi siang dah duduk gelak-gelak dengan Naily (anak mak aku jaga), dah fikir-fikir balik perbincangan (berbincang ke?) malam tadi, rasa OK plak.

Betul lah nasihat dia malam tadi. aku bukan diPINGGIR, bukan diSISIH, ada perkataan lain lagi tapi tak tahu apa. Sebenarnya aku sendiri pun faham, aku sendiri pun boleh fikir, apa semua orang sekeliling aku sedang rasa. Aku anak perempuan yang dah nak berkahwin. Yang pertama pula tu.

Ye. BAIKLAH.

No comments:

Post a Comment