Thursday 1 August 2013

Ju-Li dah pergi

Selamat datang Octopos..eh Ogos!

July dah habeh awok. Bermakna tinggal 4 bulan saje lagi awok. Hee. Ngeri la pulok ku rasa. Haha. Hmmm never cross my mind idea about getting married in this year awok. 2013 saya mula dengan BLUR. Clueless tentang FUTURE. Tak nampak arah nak ke mana. Wuwuwu.

Tapi...rencana Allah siapa boleh duga? Alhamdulillah..Alhamdulilah..Alhamdulillah.

Bulan Julai bulan terakhir saya bertugas sebagai guru ni. Katanyalah. Tapi ada rezki insyaallah sambung lagi lepas cuti raya ni. Hoho. Rezki. Duduk rumah saja pun saya bukan buat apa. Berkerjalah sementara belum terima tugas hakiki sebagai seorang isteri hujung tahun ni ye.

EH? Nak kahwin? Haa nanti saya cerita.

Sekarang nak cerita pasal saya jadi cikgu. 6 Julai lalu saya kena handle Hari Terbuka. Gila nervous dan serabut saya sebelum hari tu tiba. Gila apa?! Saya nak kena hadap parents. Budak-budak kelas pun belum habis kenal. Nak cerita tingkah mereka di sekolah? Terang prestasi akademik mereka lagi? Adeiiii. PBS tu pun saya belum faham apa. Huhu.

Tapi...bila dah sampai masa, tarik nafas dalam-dalam, senyum...oke bebeh, lets rock it! Gamble je. Apa nak jadi tetap akan jadi. Alhamdulillah. Hari tersebut berakhir dengan baik. Baik-baik je parents budak-budak saya ni. Eh. Budak-budak tu pun memang baik-baik belaka. Senang hati saya. ^__^

10 Julai, Ramadhan pun tiba. Alhamdulillah. Masih berkesempatan bertemu Ramadhan. Macam biasa, saya mahu khatam Quran. Tapi...err errr sehingga post ini ditaip, saya baru sampai juzuk 15 je. Adehh. Takpe takpe masih ada masa. Esok dah cuti. Gandakan usaha mengaji di rumah ye. Insyaallah.

Bulan Ramadhan ni saya plan untuk buat marathon PBS. Muntah ah budak-budak tu buat PBS. Hehe. Saya dah pandai dah. Oh. Bole la. Tapi leceh ek. Ingat senang nak kumpul semua budak sentiasa ada. Menjawab soalan-soalan dengan disiplinnya. Ah. Memang harapan. Saya ni tak garang sangat kot. Budak-budak tak heran. Ciss!

But then, saya tiada niat nak jadi cikgu yang garang pun. Saya nak jadi cikgu yang mudah didekati. ^^

Jadi cikgu ni ada seronok ada tak seronok. Bila tak seronok rasa nak berhenti je. Saya ni cikgu yang kuat merajuk. HAHA. Serius saya tak pandai nak marah-marah. Malas. Buat sakit jiwa je. Buat saya cepat menua je. Heh! Mereka expect saya sedih dah nak tinggalkan mereka. Hmmm macam skit pun takde. Maaflah. Cikgu tak sabar nak cuti. Hoho.

Ok cerita pasal saya nak kahwin pula ye.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa unbelieveable! But then, memang inilah yang dah terancang. Saya nak bertunang insyaallah 17 Ogos nanti. Dan menikah 29 November nanti. Gila kentang. So fast so furious. Errr. Kawan-kawan baik saya tersangatlah gembira mendengar berita ini. Siap nk sponsor baju nikah! Haha.

Kami decide dalam masa seminggu. Plan bertukar. Plan asal bertunang yang bulan November. Nikah bulan Mac tahun depan. Tapi bila mengenangkan yang keluarga pihak lelaki ada 3 orang anak nak dinikahkan berturutan, sekali harungkan sajelah yang mana sempat. Jadi, kami disaingkan dengan si abang.

Maka, akan kelam kabut sikitlah kan. Tapi bila difikir-fikirkan apa sangat entah yang nak dikalutkan? Jadi, 14 Julai majlis merisiknya. Sepanjang majlis tahan gelak je. Tah kenapa rasa lawak. Awkward semacam. Haha. Untung masa majlis tak duduk berhadapan dengan si lelaki. Kalau tidak..hmmm mahu bakal mak mertua fikir saya senteng. Hekk!

Ini pertama kali buat parents saya. Tak pernah tengok ayah saya begitu. Sepanjang masa ni saya masih anak kecil dia. Rasa-rasanya dia sendiri pun tak percaya nak nikahkan saya. Saya sendiri tuan badan ni pun tak percaya lagi. Serius je nak kahwin. Adeiii. Tapi seriuslah kan. Saya kan dah besar. Hee.

Seminggu lepas majlis merisik, B datang ke Ulu Tiram, keluar dengan saya secara rahsia-rahsia, errr untuk membeli persiapan pernikahan kami. Takde masa lagi dah sebelum majlis bertunang. Sebenarnya, kejar sale raya. Haha. Hingga habis Julai hampir half persiapan SIAP. Photographer pun dah booking. Alhamdulillah.

Tapi kan, ayah saya ni macam bertulah tau. Setiap kali B curi-curi bawa saya keluar, dengan rela saya pastinya, dan selalunya macam atas ajakan saya je kan..hee mestilah dia 'kecelakaan'. Kali ni, hari kedua dia keluar dengan saya, badan dia naik gelembung-gelembung air macam chicken pox. Sebelum tu dia memang tengah demam pun.

Akhirnya, sah. Memang dia kena demam campak. Mc 2 minggu. Kesian. Tapi padan gak muka dia. Dah suruh jumpa doktor dari Johor lagi. Tapi degil nak juga balik KL. Dah sakit sendiri takde sape jaga. Hee. Saya risau. Tak seronok dia sakit. Dari jauh ni tak boleh tolong apa. Boleh tolong bebel je. Ngheee.

Okai. Ni je kot cerita Julai. Buhbyeee.

No comments:

Post a Comment