Sunday 1 July 2012

bye bye JUNE

Tinggal sejam je lagi habis la hari pertama untuk Julai and esok pun 12 Syaaban sudah. Tinggal la lebih kurang 18 hari lagi mahu RAMADHAN. Dah berSEDIA ke? Hmm..cita-cita saya tahun ni saya nak khatam Tafsir Quran. Tahun lepas pun, tapi tak dapat. Huu.. Tapi tahun ni saya dah bersedia awal-awal dah. Saya tahu saya tak mampu nak habis 30 juzuk tu dalam sebulan Ramadhan tu. Awal Januari lagi saya dah mula baca Tafsir Quran tu and now dah sampai juzuk 20 so dalam Ramadhan nanti mungkin tinggal lagi 8 juzuk je kot.. InsyaAllah.

BTW, sesapa yang tak pernah baca Tafsir Quran sila lah mula baca. SERONOK! Serius tak tipu! Lepas ni insyaAllah saya nak ulang baca lagi lagi lagi DAN LAGI LAGI. Hehe. Hmm terima kasih kepada ayah yang carikan saya guru untuk belajar membaca al-Quran. Dua orang ustaz guru saya tapi yang saya paling ingat Ustaz Azizan. Mungkin sebab dia yang ajar saya paling lama dan sehingga khatam. Btw, anak-anak lelaki dia semua hensom! :P (tapi dah besar-besar ni I jumpa semula dah tak hensom pong?? oishh I da rabun dari kecik-kecik ke pe? muahahaha)

So, korang masih ingat lagi pengalaman belajar puasa pertama kali korang? Saya? Ingat! Muntah dengan teruknya. Haha. Puasa pertama saya masa saya berusia 6 tahun. Mak and ayah tak ajak pun puasa tapi saya tengok mereka tak makan or minum, maka saya pun ikut sama tanpa tahu puasa itu ada NIAT dan SAHURnya. Kerana itu pertama kali saya seharian tidak makan apa-apa sejak dilahirkan, perut saya masuk angin dan saya muntah di depan pintu rumah ketika balik dari sekolah. Setelah mak hulurkan air, maka batal lah puasa saya hari itu yang sememangnya dari awal lagi dah tak cukup syarat. Huhu.

Pengalaman saya belajar puasa tidak sesukar mana. Maksud saya tidak susah diajar berpuasa. Semua adik-beradik saya pun. Walaupun adik bongsu saya ini jenis kuat makan tapi bila bulan puasa tahu pula dia menahan lapar. Alhamdulillah. Kami juga tidak pernah ditipu dengan istilah 'puasa separuh hari'. Dari awal lagi mak dan ayah ajar puasa penuh dan cukup sebulan. Mungkin kerana saya sudah memulakan tradisi, adik-adik saya juga semuanya bermula belajar berpuasa semasa umur 6 tahun. Cabaran tuh! Kerana di Tadika semua pelajar lain akan makan kan? Hmm tak ingat macam mana saya menghadapinya. Hehe

Tapi.....pengalaman belajar SOLAT?! Owhhh sehingga dirotan-rotan! Ohoiiiiii!~~

Saya tak ingat bila saya mula belajar solat? Mungkin ketika saya darjah 2 or 3. Bila saya fikir semula pun, PELIK! Hmm apa ntah yang payah? Kadang-kadang dah siap berwudhuk bertelekung, saya cuma duduk dalam bilik sehingga cukup 5 minit dan berpura-pura dah solat. Astaghfiruallahazim! Haishh mengapalah saya begitu? Wuwuwu. Kadang-kadang solat sambil bermain dengan adik. Tolak menolak dan gelak-gelak. Bila kantoi hinggap la rotan ke badan. Wuwuwu. Syukur lah bila dah besar-besar ni tak perlu sampai di rotan-rotan baru nak kejar waktu solat! Huk!

Haa nampak tak dalam kisah saya ni, mahu mendidik anak beribadah bermulalah dari kecilnya. Lagi awal lagi bagus. Mula-mula memang terpaksa tapi lama-lama ia jadi RELA. Tapi didikan kenalah dari contoh tauladan yang baik. Mak ayah kena lah buat dulu. Barulah anak-anak ikut. Anak-anak tiru apa mak ayah buat, tak dengar apa mak ayah cakap. Nak anak soleh dan solehah, maka mak ayah pun kena lah soleh dan solehah juga kan? Apa-apa hal pun, semuanya, InsyaAllah. ^^

ni ah tudung masa mak mula-mula nak ajar saya pakai tudung. nguahahaha~~

No comments:

Post a Comment