Sunday 1 July 2012

BERcinta hingga ke SYURGA

C I N T A ? JATUH cinta? BerCINTA?

Serius, saya ada masalah mengaplikasikannya bila melibatkan si TERUNA dengan si DARA or si DUDA dengan si JANDA or yang bersilang antara duanya. Lagi masalah bila yang diluar tabii manusia yang WARAS akalnya (adakah aku cuba mengatakan yang si GAY ini GILA? wehehehe..tidaklah tidaklah..korang kureng waras je.;)). Sebab, haiwan yang tak ada akal pun tahu jantan UNTUK betina, BETINA untuk JANTAN. Nauzubillah. Sesiapa yang dah terjebak, cepat-cepatlah BERTAUBAT, selagi nyawa masih lekat. Jangan banyak alasan! Malu kat haiwan k? Wuuuu

Yang manusia panggil CINTA adalah perasaan terlalu sayang terhadap seseorang (cinta OBSES bila tahap kau nak orang tu mati, tak pun kau yang mati, kalau kau tak dapat bersama orang yang dicintai tu kununnya. Haa ini BENAR GILA!). Tapi manusia juga cakap, cinta adalah suatu perasaan yang terlalu SUCI terlalu AGUNG yang even words pun cannot describe la! So, perasaan yang suci dan agung ini layak ke untuk SEORANG manusia? Seeee I got question mark there! Itulah rahsia saya bertahan dari terjebak dunia cinta manusia selama 23 tahun. Wink!

Sebab itu, saya sukar jatuh cinta apalagi mengungkapkan kata cinta. Saya tahu YANG suci dan agung itu SUKAR DITEMUI. In fact, TIADA! So, missy missy mister mister di luar sekalian, BERHENTI cari yang sempurna. Tak ada yang suci tak ada yang agung tak ada yang sempurna di kalangan manusia. Same goes with me. Hik!  Perasaan yang dikatakan cinta itu diperlukan untuk lelaki dan perempuan serasi hidup bersama je. Tapi sedihnya, manusia selalu juga mensia-siakan cinta setelah dimiliki. Memang manusia ni makhluk yang sukar dijinakkan ke pe?? Aigooo

Apa ke hal pong, yang saya faham, untuk SAYA berkahwin atau untuk hidup serasi bersama lelaki, saya perlukan perasaan yang dikatakan cinta itu. Mak and ayah saya berkahwin atas dasar cinta mungkin sebab itulah I got that idea in my brain. CINTA = KAHWIN. But serius, lelaki adalah subjek yang terlalu asing pada saya. Lelaki yang paling saya kenal hanya ayah saya. And saya selalu keliru dengan cara ayah cinta kan mak saya. Hehe. Tapi apa-apa hal pun, I know and I can see how deep they love each other if not macam mana diaorg nak stand by for each other for almost 28 years ni. KAGUM! Alhamdulillah. 

Itulah manusia juga kata cinta ini saling menyempurnakan. :)

Hmm pe saya nak cerita SEBENARNYA? Tajuk bercinta hingga ke SYURGA? Begini kisahnya, sejak saya pernah jatuh cinta, saya bukan setakat mahu cinta itu sampai ke perkahwinan sahaja. Saya mahu cinta saya kekal hingga ke syurga dengan izin Allah pastinya! Tapi yup, cinta saya di dunia lagi dah tak tercapai. Mungkin sebab pertaruhan saya terlalu besar dan SALAH. Saya bercinta dengan yang tak cinta kan Allah. In other words, BUKAN ISLAM. Bukan maksud saya salah jatuh cinta dengan bukan Islam, salah satu cara berdakwah penuh hikmah pun guna perkahwinan apa, kan?

Tapi yang salah, CARA saya. Cara saya bercinta. Semoga Allah ampunkan saya. :'(

Semenjak hati saya dipatah-patahkan manusia, saya mula mencari, mula belajar, mula mahu betul memahami, apa itu CINTA pada manusia? Sumber saya bukan setakat apa yang manusia cakap tetapi apa yang telah Al-Quran beritahu. Kata-kata Allah mula saya sering renung-renungkan. Semakin banyak kesilapan saya, saya jumpa berlonggok depan mata saya. Tapi saya tetap, DENIAL. Begitu kuatnya cinta manusia menguasai saya. Tapi, Allah tak putus asa dengan saya. Macam-macam petunjuk Dia beri. Hingga akhirnya saya sudah sedar sekarang dan sedang memahami pelajaran yang seterusnya. :)

Alhamdulillah. Jadi, apa pelajaran yang seterusnya?

1. Belajar maafkan diri sendiri. Kerana orang kata, to move on, to be happy, I have to forgive myself and live a life without regrets. Tapi susah saya rasa sebab seolah-olah saya dah puas hati dengan taubat yang saya buat sedangkan belum tentu taubat-taubat saya itu telah diterima. :'(

2. Saya memang tidak sempurna! Bukanlah bermaksud saya selalu rasa diri saya cukup sempurna sebelum ini. Tetapi kesilapan yang saya buat kali ini adalah kesilapan paling terbesar saya pernah buat hingga saya terasa sangat cacat. Once again, how can I have no regrets when I can't even forget?! :'(

3. Untuk percaya lagi. Percaya tentang cinta manusia lagi. Frankly speaking, hati saya sudah tertutup. Saya tak berani punya rasa lagi walau mahu percaya jaminan Allah. Saya takut cinta manusia sekali lagi menjauhkan saya dari Allah.

4. Redha dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah saya mampu paksa diri saya ni!

5. Muahahaha serius plak dah post saya kali ni. Hmm semasa menaip ni pun saya masih try to figure out everything yang happen to me this few years and list out the lessons. Am still healing dear. Orang kata (manusia lagi? heh!), apabila kita boleh berbicara tentang luka kita tanpa rasa sakit, maknanya kita sudah sembuh. But, mine? Not yet nampaknya. :)

BTW, hmm saya mula mahu belajar konsep tanpa cinta pun saya mampu menikah dengan mana-mana lelaki yang pastinya bermaksud bercinta selepas nikah la tu. Ntah macam mana benda tu. Kena ada FAITH yang veri da STRONG nampaknya. Owhh ntah bila. Haha. Tapi yang pastinya impian saya mahu bercinta hingga ke syurga masih ada cuma saya belum berani mencuba lagi. Saya pun belum jumpa lagi lelaki yang saya mahu jadikan suami (so, JANGAN tanya bila saya nak kahwin? sepak kang?!). ;)

tak suka betol saya fact fact yang macam ni nih! muahahaha



P/S: Oh ya. Semenjak saya semakin belajar mencintai Allah saya juga semakin mencintai diri sendiri. I feel so good. Becoming so content. 

No comments:

Post a Comment