Thursday 31 May 2012

take heed my mum words

1. Tak nak lawan cakap ma agi. Serius eh. Dulu kecik-kecik bleh patuh je cakap ma awat besaq-besaq ketegaq tak tau. Grrr

Contoh eh, masa saya darjah 5 pindah sekolah baru. Owhh ada gengster sekolah tu. Bukan budak lelaki, budak PEREMPUAN! Kumpulan diaorg nama SPOON. HAKHAK..(gelak setan). Tak tau r pe sejarah asal usul nama group diaorg tuh. But nak dijadikan cerita, saya kena B U L I. Mereka sorokkan kerusi, meja, beg, tarik tudung, sorok kasut..owhh sungguh AYAM la MEREKA! Diaorg ni budget MODEL budget ARTIS. Haishh dah besar ni de la jugak yang dah jadi orang. ALHAMDULILLAH.

Tapi, mak buat saya tak rasa dibuli. Hari-hari saya balik cerita dengan mak apa mereka buat kat saya. Mak kata jangan layan. Buat baik je. Nanti lama-lama diaorg BAIK la. Mula-mula geram jugak. Tapi lama-lama cerita tentang mereka jadi bahan lawak mak n saya. And saya buat apa mak pesan. BUAT BAIK. Ketua diaorg ni duduk tak jauh pun dari rumah saya. Bila saya nampak dia jalan kaki nak g sekolah, mesti saya suruh ayah tumpangkan. Owhh ayah tak tau cerita. Kalau tak mungkin da kena lempang laju-laju budak tu. HAHA

Budak ni walau cane pun dia buli saya kat sekolah, bila saya tolong, dia terima jugak. Saya tak tau la dia memang tak tahu malu or memang tak reti rasa bersalah. Saya tak tahu pe motif saya dibuli awalnya. Tapi masa dah tingkatan 1, semasa si talam dua muka n si batu api seorang tu sudah tiada (owhh bila saya ingat ni saya memang rasa marah lagi dengan budak yang dah jadi isteri org ni..hehe), barulah hubungan saya dengan ketua gangster ni AMAN. Boleh lepak sesama time rehat tuu. Haa

Nak dijadikan cerita, hanya kerana seorang BUDAK lelaki saya dibuli. Owhhh apakah??? Well masa saya baru pindah sekolah tu tetiba je saya FEYMES. Tu la saya rasa mereka ni jakun ke pe? Tak pernah tengok BUDAK perempuan? (saya sebelum tu sekolah perempuan sahaja tapi tak jakun pun tengok dak lelaki??=,=). Budak lelaki yang dia suka tu cakap suka kat saya dah tu ada tukang bakar-bakar lagi, jadi TERMASAK la saya. Apa lah kan? Seriously, sungguh BUDAK-BUDAK.

Moral of d story, dengar lah cakap mak. Hehe..

Baru-baru ni saya ada masalah lagi. Owh masalah hati. Tu lah mak cakap berkawan aje jangan bercinta-cinta. Degil kan?? Grr.. Kali ni saya nak dengar cakap mak. Mak kata jangan peduli apa pun alasan dia lagi. Jangan fikir. Jangan ingat. Jangan tanya lagi kenapa. Apa yang dah jadi, lepaskan, LUPAKAN. And yang paling penting, mak dah maafkan saya. Sekarang saya tak tanggung perasaan tu sorang-sorang lagi. Mak dah faham mengapa sukar sangat untuk saya lepaskan.

But then, saya terus kena GROUNDED. Haha.. Mak dah tak bagi (yang memang dia tak pernah bagi pun) saya keluar dengan mana-mana lelaki termasuklah BFF saya tu. OK fine. Saya dengar cakap MAK. :)

Ni ah muka masa kena B U L I dulu. Hakhak

Pstttt masa sekolah rendah tu, diaorang panggil saya adik SITI tau. Haha..tu la glamer. APAKAH?? =='

No comments:

Post a Comment