Saturday 13 April 2013

penjaga hati

Cinta itu pelengkap fitrah insani
Kadang dikejar ia pergi
Tak dipeduli datang sendiri
Resam cinta manusiawi

Hati yang terpelihara
Hati yang pernah ternoda
Resah gelisah saat cinta menyapa
Mahu diterima atau ini ujian semata

Hati ini mampukah mendua cinta
Cintakan manusia kerana Ilahi
Apa mudah seperti dikata
Atau pembohongan diri delusi

Cinta ini cebisan kasih Tuhan
Rasa yang dikurnia buat dua insan
Bersatu walau banyak perbezaan
Tapi kadang-kadang salah tafsiran

Tuhan jagakan hati kami
Permudahkan jalan percepatkan urusan
Berkati kami redhai kami
Semoga hubungan ini benar rencana Mu Tuhan


P/S: Selalu ajak berjumpa tetapi dah bertemu diri kita tak dipandangnya. Resam bercinta dengan ustaz gamoknya. Hee

1 comment:

  1. hamboii...tengah bercinta.. tak dikabornya kat eden ni haa....

    ReplyDelete